Pelancong wanita Korea ubah sampin jadi skirt

korean-sampingfmt-ohsem-inside-article1Tak pernah terfikir pun sampin sebenarnya boleh dijadikan skirt!

Tetapi selepas wanita Korea ini mencubanya, ia dijangka bakal mencetuskan fenomena fesyen baharu, sama ada di Malaysia mahupun di Korea.

Seorang lelaki tempatan terkejut apabila seorang pelancong wanita Korea tertarik dengan sampin yang kemudiannya dipakai sebagai skirt.

“Semalam perempuan Korea nie datang survey ‘skirt’. Hari ni dia datang balik terus pakai.. Sampin tuh woi.

“Lokasi: Bazar Ramadan Hang Tuah Mall,” tulis pengguna Facebook bernama Asip’s Burger Bachang.

Pemilik Facebook tersebut, Mohamed Asiff Mohamed Amiz, 29, segera merakam dan memuat naik perbuatan wanita terbabit yang kini tular di laman sosial.

Menurut laporan beberapa portal berita, wanita Korea itu pada awalnya melawat bazar Ramadan Mega 2017 di Hang Tuah Mall 2 malam berturut-turut.

Malam pertama dia datang memakai skirt biru kembang tetapi keesokan hari dia seolah sengaja memakai seluar pendek untuk mencuba sampin tersebut.

Bukan setakat dicuba, wanita itu juga terus membeli sampin yang siap dijahit dengan getah itu.

Suami kepada wanita Korea itu juga dikatakan tertarik dengan skirt sampin dan asyik berkata “good…good” sebagai reaksi.

Para netizen menjangkakan sampin bakal menjadi fesyen di Korea dan mungkin akan disalah anggap lelaki Malaysia pula yang memakai skirt kelak.

Pengguna, La Anna misalnya menjangka wanita Korea ini mencipta revolusi pemakaian songkat.

“Dia sudah mencipta revolusi pemakaian songket… tunggu le nanti bile dia balik negara dia, dengan inovasi dan revolusi ini, dia orang pula akan jadi pengeluar fesyen songket cara modern malah akan lagi terkemuka daripada Malaysia selaku tempat asal songket… just wait and see…,” tulisnya.

Apapun mari kita tunggu dan lihat sejauh mana revolusi dan inovasi songket ini sampai di Korea dan seluruh dunia.

Mana tau, tahun depan sampin songket jadi pilihan busana raya untuk kaum Hawa!

Link Facebook: Asip’s Burger Bachang