500,000 ‘likes’ bila Ramsey puji makanan pengguna Twitter

Gordon-Ramsey

fmt-ohsem-inside-article1Tiap kali chef selebriti terkenal, Gordon Ramsey diminta menilai makanan dalam laman sosial twitternya, para pengguna pasti akan menerima kecaman dan respons negatif.

“Macam sampah.”

“Boleh di’flush’ dalam tandas.”

“Ia bukan masakan.”

“Kelihatan mentah dan teruk.”

Demikian antara respons terhadap gambar makanan yang dimuat naik dalam Twitter kepada Gordon Ramsey.

Mungkin kerana respons pedas itu juga, Gordon Ramsey terus kekal “panas” di media sosial dan menjadi idola dalam bidang masakan dan makanan.

Namun, baru-baru ini seorang pengguna menerima respons positif, sekali gus menjadi sensasi media sosial.

Respons Gordon Ramsey bagi gambar makanan itu menerima hampir 500,000 “like” dan ditweet semula sebanyak 146,000 kali.

Nak tahu apa makanannya?

Ia adalah masakan berasaskan daging khinzir, “skillet pork loin” oleh seorang lelaki kepada bakal isterinya, pengguna Tweet bernama, Bridgett.

“Kahwini dia,” balas Gordon Ramsey kepada wanita yang memuat naik gambar makanan dan minta pendapat dia mengenai masakan bakal suaminya.

Hmm… mungkin kita juga boleh hantar makanan masakan kita dan lihat kalau-kalau Gordon Ramsey nak balas. Jangan lupa tag kami di FMT Ohsem!