Lelaki minum 5 gelas besar jus ‘telur mentah’ untuk popular

minum-50biji-telurfmt-ohsem-inside-article1Geli melihat gelagat lelaki dari China yang meneguk 5 gelas besar minuman yang mengandungi telur mentah sekali gus semata-mata untuk menarik perhatian netizen.

Rakaman 17 saat yang ditonton berjuta kali dan dikongsi secara meluas oleh netizen menunjukkan aksi lelaki itu dengan selamba tetapi pantas meminum kelima-lima gelas jus “telur mentah” itu.

Setiap gelas mempunyai lebih 10 biji telur mentah bermakna dia menghabiskan minimum 50 biji telur dalam aksinya itu.

Daily Mail melapor, lelaki itu langsung tidak berhenti sejenak, malah secara terus-menerus menghabiskan “jus telur” itu.

Aksinya itu bagaimanapun membuahkan hasil apabila ramai netizen mula mengikuti akaun “live-streaming” lelaki itu.

“Live-streaming” menjadi trend dalam kalangan rakyat China dan ramai yang sanggup melakukan perkara bodoh semata-mata untuk meningkatkan jumlah pengikut dan menjadi popular.

https://www.facebook.com/471035833236913/videos/pcb.471825836491246/471825656491264/?type=3&theater