Derma organ, nilai kemanusiaan menjangkaui agama dan bangsa

dadfmt-ohsem-inside-article1Satu perkongsian di laman sosial berkenaan tindakan seorang gadis muda menderma jantung kepada seorang lelaki menyentuh hati netizen.

Sebelum meninggal dunia dalam satu kemalangan di kolam air pada Januari lepas, Abigail Mae Conner (Abbey), menderma jantungnya kepada Jack dan organ lain kepada 3 lagi orang lain.

Jack seorang lelaki kulit hitam yang juga seorang bapa menerima jantung Abbey pada detik dia hanya diberi 10 hari untuk hidup, dan kini umpama mendapat peluang ke-2 untuk hidup bersama keluarganya.

Dalam laporan Good Morning Britain, Jack berkata, “Abbey selamatkan hidup saya dan saya tidak akan melupakannya. Saya rasa selalu berhubung dengannya.”

Berita itu turut dikongsi aktivis, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim yang turut menyampaikan penghargaanya kepada penderma darah yang tidak dikenalinya kerana menyelamatkan nyawa beliau susulan satu kemalangan ngeri pada 1973.

clip

Tulis beliau, “Klip ini membuat saya menangis dan mengimbas kembali kenangan lama ketika terlibat dalam satu kemalangan malang pada 1973. Saya ditempatkan di Hospital Universiti dan diberi transfusi darah selepas kemalangan malang itu.

“Darah siapa yang ditransfusi kepada saya? Saya tidak tahu darah itu milik agama mana, bangsa mana tetapi ia mengalir dalam badan saya sejak September 1973,” katanya.

Beliau berkongsi video seorang wanita kulit putih mendermakan jantungnya kepadaseorang lelaki kulit hitam bersama status yang berbunyi, “perlakuan yang baik dan kita sepatutnya hidup seperti ini, hidup menyayangi semua umat manusia.”

Bapa jelajah 4184km demi degupan jantung anak

Detik penuh emosi itu berlaku di Amerika Syarikat apabila si bapa, Bill Conner dari Wisconsin dirakam berlinangan air mata ketika mendengar degupan jantung anak perempuannya, Abigail Mae Conner (Abbey), menggunakan steteskop pada dada seorang lelaki bernama Loumont Jack Jnr.

“Abbey masih hidup di dalam Jack,” kata Bill.

Bill hargai detik bersama jantung anaknya yang masih berdengup di dalam diri Jack.

Sebagai mengiktiraf dan menyambut tindakan mulia anaknya itu, Bill berbasikal sejauh 4814km untuk mengalak orang ramai menderma organ.

Menariknya, Bill sudahpun mengumpul lebih AS$18,780 (RM80,724) daripada sasaran AS$30,000 (RM128,953) dan masih ada 1287km untuk disempurnakan.

“Saya tidak mahu tragedi dan tindakan anak saya dilupakan begitu sahaja. Saya mahu dunia ini tahu mengenai anak saya dan kepuasan yang diperoleh apabila menderma organ.

Seorang boleh beri kehidupan kepada 8 orang yang lain,” kata Bill.

Kredit: CBS News