Kembar Siti Nurhaliza baca berita di RTM1

Normazalina-siti-nurhaliza-kembarfmt-ohsem-inside-article1Kecoh di laman sosial mengenai kembar Datuk Siti Nurhaliza di saluran berita RTM1.

Tetapi rupanya ia pelanduk 2 serupa.

Pembaca berita yang memiliki wajah seiras Siti Nurhaliza bernama Normazalina Mohd Nor yang menyertai dunia kewartawanan penyiaran pada 2009 dan menjadi pembaca berita pada 2010.

Bagaimanapun dia dipercayai baru sahaja menyertai pasukan berita di RTM1.

Normazalina menjadi buah mulut selepas gambar dia membaca berita berlatarkan studio kosong disebarkan.

“Siti Nurhaliza baca berita di RTM 1.”

“Adik Siti ke ni?”

“Kembar Siti Nurhaliza baca berita.”

Malah, ada yang menyatakan Siti mencuba kerjaya baharu dalam dunia kewartawanan.

Ternyata semua itu hanya gurauan atau spekulasi kerana wanita itu ialah Normazlina.

“Saya tidak pernah bertemu Datuk Siti walaupun beliau kerap melawat RTM. Impian saya untuk bertemu dengan beliau,” katanya.

Mungkin selepas menjadi popular di laman sosial, mana tau Normazlina menerima panggilan kejutan dari Siti untuk bertemu kembarnya.