Aliff ‘terlajak laris’ jadi pelakon telefilem pula

Aliff_0

fmt-ohsem-inside-article1Tidak cukup menjadi penaja rancangan televisyen, kini usahawan kosmetik terkenal negara menyertai dunia hiburan secara langsung.

Selepas menaja rancangan televisyen dan pasukan bola sepak negara, kini mereka menjadi artis!

Saban hari kita semua menonton klip video Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Vida dalam single lagu pertamanya, “I Am Me”, minggu ini Datuk Aliff Syukri Kamarzaman pula tampil dengan klip video lakonanya.

Terkenal dengan sikapnya penuh dramatik di laman sosial apabila kerap memuat naik rakaman berkaitan hidup sendiri, kini Aliff menerusi akaun Instagramnya menunjukkan dia dalam sebuah penggambaran telefilem yang bakal diudarakan dalam saluran Astro Ria tidak lama lagi.

Selain rakaman penggambaran, turut dimuat naik ialah video beliau menari tarian Bollywood dan lagu Melayu bersama pelakon wanita.

Walaupun dikritik kerana mencari populariti dengan menceburi bidang lakonan sedangkan Aliff lebih menonjol dalam bidang perniagaan, usahawan muda itu seperti tidak menghiraukannya.

Aliff kelihatan teruja dengan peluang lakonan terus memuat naik video penggambarannya.

Entah berapa ramai yang menanti kemunculan Aliff di layar perak, sama seperti Vida dengan lagu baharu beliau.

Tak keterlaluan kalau 2017 dikatakan, tahun “ong” untuk kedua-dua usahawan kosmetik kerana mereka terus menjadi bahan berita utama tatapan netizen.

Apapun, FMT Ohsem ucapkan selamat maju jaya dengan usaha baharu mereka.

https://www.instagram.com/aliffsyukriterlajaklaris/?hl=en