Kanak-kanak kuasai bahasa Inggeris di luar kelas akademik

kidspaly2

fmt-ohsem-inside-article1Apabila Nadiatul Ab Rasip memilih untuk berkomunikasi dengan 2 anaknya dalam bahasa Inggeris, dia tahu ia bukan mudah bagi ahli keluarga yang lain.

“Kita masih skeptikal bila bercakap dalam bahasa Inggeris sesama ahli keluarga, walaupun dengan anak sendiri. Ia berbeza dengan orang Cina dan India, kaum Melayu ada fahaman berbeza apabila ‘speaking’ dalam rumah. Ada yang masih berfikiran sempit. Saya bukanlah hebat tetapi cuma mahu belajar dan mengajar anak saya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,” demikian keluh Nadiatul.

Tersepit antara stigma sosial dan situdiri sendiri yang juga sedang belajar memperkayakan kemahiran bahasa Inggeris, beliau akhirnya mengambil pendekatan yang lebih selamat.

Kini kedua-dua anak Nadiatul belajar di pusat perkembangan bahasa Inggeris, Yes It’s My Englisg (Yime) di Bandar Puteri, Klang.

“Saya dapat melihat kemajuan dan keyakinan mereka dalam berkomunikasi. Penguasaan bahasa dari segi akademik juga lebih baik, saya berpuas hati,” katanya ketika ditemui FMT Ohsem baru-baru ini.

Kita semua kena akur sebagai bahasa antarabangsa, belajar dan menguasai bahasa Inggeris amat penting. Kalau ketinggalan sedikit pun boleh memudaratkan masa depan khususnya dari segi kerjaya.

Tenaga pengajar di Yime, V Prasana berkata, ibu bapa masa kini sangat peka dengan keperluan akademik justeru mereka tidak berkira untuk memastikan anak mendapat ilmu yang mencukupi.

Ini termasuk pengajian bahasa Inggeris di mana ramai ibu bapa menghantar anak ke kelas akademik dan tambahan, aktiviti ko-korikulum.

kidspaly234“‘Public speaking’, pidato, drama dan ucapan, semua ini menjadi pilihan ibu bapa untuk anak mereka menguasai bahasa Inggeris selain kelas tuisyen atau kelas akademik.

“Menyertai kelas tambahan berbentuk ko-korikulum seperti ini bukan sahaja menjadi penambah nilai akademik malah dari segi sosial dan memberi keyakinan kendiri,” ujar Prasana.

Baru 3 tahun beroperasi, Prasana bangga mengakui jumlah murid bertambah khususnya bagi kelas bahasa Inggeris.

Ibu bapa seperti Nadiatul yang mahu anak mereka belajar tetapi mempunyai sekatan kewangan lebih memilih pusat pembelajaran di kawasan kejiranab masing-masing. Ia secara literal lebih berpatutan dengan tenaga pengajarnya mudah dihubungi.

Pusat pembelajaran kecil seperti ini yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di kawasan penduduk padat adalah buktinya.

“Selagi ia (pusat pembelajaran) memberikan yang terbaik, saya tidak keberatan. Guru-guru di sini juga mahir dalam kepakaran mereka, selain itu mereka tegas memastikan semua kerja rumah siap dan murid mengikut peraturan. Jadi anak saya pun lebih berdisiplin,” katanya merujuk kepada seorang lagi guru di Yime, E Malini.

Tenaga pengajar Yime, Prasana dan Malini.
Tenaga pengajar Yime, Prasana dan Malini.

Manakala, bagi Jesslyn Tan, pembelajaran bahasa Inggeris amat penting bagi anak-anaknya supaya mereka tidak terkandas dalam arus pembangunan yang amat mengutamakan penguasaan bahasa itu.

“Kedua-dua anak saya dari sekolah Cina dan mereka lazimnya berkomunikasi menggunakan bahasa Mandarin. Mereka kurang pendedahan dalam bahasa Inggeris, jadi saya rasa inilah pilihan terbaik.

“Mereka kena belajar bahasa ini dengan betul, bukan setakat bercakap tetapi bercakap menggunakan tatabahasa dan susun ayat yang betul,” Jesslyn mengutarakan kebimbangan utamanya.

Selain daripada manfaat bahasa itu sendiri, Jesslyn tidak menafikan kepentingan anak-anaknya berkawan dengan pelajar bukan Cina di Yime.

“Di sekolah Cina, kebanyakan rakannya berbangsa Cina. Oleh ini saya pilih Yime kerana di sini mereka dapat bergaul dengan semua bangsa lain. Lagipun Yime banyak menganjurkan aktiviti luar seperti sambutan perayaan,” jelas mengenai niat serampang 2 mata itu.

Manakala S Subhathra Dewi memilih menghantar anaknya keduanya, V Kashvin yang hanya berusia 5 tahun ke kelas drama dan pengucapan bahasa Inggeris untuk memastikan dia lebih yakin bercakap menggunakan bahasa yang betul.

“Di rumah kami berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tetapi di sini dia belajar cara yang betul berinteraksi. Pendedahan ini membantu dia terutama sekali dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka.

Nadiatul-Jessyln-Subhathra
Nadiatul-Jessyln-Subhathra

“Kita tidak boleh memimpin anak kita sepanjang masa, kita kena biar mereka mengendalikan situasi secara sendiri. Di Yime, mereka diberi peluang itu dan mengendalikan situasi menggunakan bahasa dan tatabahasa yang betul,” kata ibu ini.

Kebanyakan kanak-kanak yang ditemui di pusat ini berusia seawal 4 tahun, menunjukkan kepentingan penerapan penguasaan bahasa Inggeris pada usia muda.

“Kami menggunakan kaedah yang diiktiraf antarabangsa termasuk silibus dari negara jiran seperti Singapura. Oleh itu pelajar Yime lebih maju daripada usia mereka dan ibu bapa juga gembira dengan perkembangan mereka,” kata Malini yang juga guru tadika.

Pihaknya aktif memuat naik semua aktiviti di pusat itu di laman sosial. Ia adalah salah satu pendekatan pemasaran dalam masa yang sama memastikan ibu bapa tahu apa yang sebenarnya anak mereka pelajari di pusat tersebut setiap minggu.

“Secara psikologi, ibu bapa tidak tahu kualiti tersembunyi anak, hanya guru berupaya mencungkilnya. Dan kami bangga bila dapat mencungkil pelbagai bakat tersembunyi sehinggakan ibu bapa pun terkejut dengan pendedahan itu,” kata Prasana.

Apa yang dimaksudkan guru itu ialah mengenai kemampuan kanak-kanak yang dihantar ke kelas pengucapan bukan sahaja fasih bercakap malah ada yang boleh menyanyi lagu Inggeris dengan baik. Kanak-kanak di kelas “public-speaking” pula mempamerkan kebolehan mereka dalam lakonan dan sebagainya.

“Bila mereka sedia menunjukkan bakat itu, kami pula cuba mengoptimumkan dalam aktiviti pembelajaran. Ini memberi tambah nilai bukan sahaja kepada bahasa yang dipelajari malah di luar skop akademik,” jelasnya lagi.

Malini dan Prasana yang merupakan tenaga pengajar bahasa Inggeris yang bertauliah turut bersedia melatih mana-mana individu yang berminat menjadi pelatih bahasa seperti mereka.