Namanya ‘N’

Nfmt-ohsem-inside-article1Apakah nama paling singkat di dunia? Agaknya berapa huruf yang terkandung dalam nama paling pendek itu?

Ya, namanya ialah huruf “N”!

Hanya satu huruf. Gadis ini mungkin merupakan individu yang memiliki nama paling unik dan singkat di dunia, ataupun di Indonesia.

Menurut pendaftaran dokumen kelahiran, pelajar sekolah yang baru berusia 16 tahun dari Desa Tamanan di Banguntapan, Bantul, Yogyakarta ini bernama “N”.

N berkata, dia sendiri tidak pasti mengapa ibu bapanya menamakan dia sedemikian sedangkan kakaknya bernama Puji Lestari dan abangnya Jarot.

“Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N.

“Ketika pertama kali mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan ia menjadi biasa,” katanya seperti yang dipetik AFP.

Bapa N, Wahyu Sih Nugroho, 51, mempunyai sebab menamakan anaknya, N.

“Saya memberi nama ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya N,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang wanita juga berasal dari Yogyakarta turut menjadi tumpuan kerana bernama Y.

Y yang kini berusia 20 tahun mengaku bangga memiliki nama yang unik dan pendek di Indonesia.

Anda kenal sesiapa dengan nama satu huruf? A, B, C, atau D mungkin? Kalau ada beritahu kami!