Iklan ais krim Indonesia tawan hati netizen

ice-cream-nusantara

fmt-ohsem-inside-article1Iklan memainkan peranan penting dalam memujuk dan mempengaruhi pelanggan.

Kini iklan bukan sekadar idea untuk menjual barangan tetapi menyerlah kreativiti.

Baru-baru ini satu iklan ais krim dari Indonesia menjadi viral di laman sosial kerana kreativiti dan inovasi krew penggambaran yang tampil dengan idea segar, unik tetapi kelakar.

Mengambil subjek zaman purba kala tetapi memanfaatkan teknologi semasa, iklan ais krim Indoeskrim ternyata menghiburkan penonton.

fight

Menggunakan latar kerajaan Indonesia dahulu kala, iklan itu dimulakan dengan perkelahian antara seorang kakak dan adik lelaki di sebuah hutan belantara kerana berebut makanan.

Pertarungan tersebut kemudiannya cuba ditenteramkan oleh watak si ibu tetapi diserang semula oleh anak sendiri yang kelihatan enggan mengalah.

call

Dalam adegan ini, si ibu meminta bantuan suaminya yang sedang terbang di atas burung garuda menggunakan telefon pintar.

Menariknya, sarung telefon pintar si ibu yang berwarna emas itu juga menjadi perhatian netizen kerana ia cukup unik dengan ciri klasik.

bird

Di sebelah sana, si suami menerima panggilan terus mencari lokasi isteri dan anak menggunakan khidmat aplikasi Global Position System (GPS) yang turut mengesyorkan jalan paling pintas untuk sampai ke destinasi.

Akhirnya perkelahian antara kedua-dua anak itu dimeterai oleh bapa dengan mempamerkan sebuah peti sejuk yang dimuatkan dengan produk ais krim Nusantara, Indoeskrim pelbagai perisa seperti kelapa, avakado dan nangka.

gps

Iklan Indoeksrim itu ditonton lebih sejuta kali sejak dimuat naik di laman Youtube pada 3 Julai lalu.

Ramai netizen yang memberi komen positif mengenai iklan yang dianggap sangat menghiburkan, kelakar dan kreatif.

“Ice Cream di zaman post-apocalyptic,” kata hatihatidinternet.

“Game of Thrones lewat jauh ini mah…. Gila iklan ter-masterpiece di Indonesia,” kata pemilik akaun Nirwan Syahputra pula.

Tidak ketinggalan ramai yang menanyakan mengenai sarung telefon pintar itu.

“Phone casenya beli dimana ya? mau dong,” kata Linggar Cindardewi.

“Coming soon, casing telefon pintar Nusantara,” kata pengguna bernama Nandafajrus pula.