Siti Nurhaliza bakal jadi ibu mertua

datuk-ct

fmt-ohsem-inside-article1Pelakon Izara Aishah akan diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Adib Khalid pada 17 November akan datang.

Ini bermakna penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza juga bakal menjadi ibu mertua kepada calon isteri anak tirinya, anak kepada Datuk Seri Khalid Jiwa.

Perkara itu diputuskan dalam majlis merisik yang diadakan Jumaat lepas oleh keluarga Adib dan Izara.

Majlis itu diadakan secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, lapor majalah Jelita.

Tambah laporan itu lagi, Izara akui majlis yang dirancang lebih awal sengaja diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

Gambar sekitar majlis merisik ini juga dikongsi dalam laman sosial Izara, Adib dan Siti selain keluarga terdekat masing-masing.

Gambar-gambar menunjukkan detik indahnya, Izara berkongsi gambar sesi sarung cincin oleh ibu Adib Tengku Datin Sri Zawyah.

View this post on Instagram

Ce buat dialog..

View this post on Instagram

The moment I saw her

View this post on Instagram