Nasi lemak Hello Kitty jadi tumpuan

n.lemak-heloo-kitty

fmt-ohsem-inside-article1Jom pekena nasi lemak Hello Kitty! Tapi kena jalan sampai ke Tumpat, Kelantan kalau nak merasa.

Mungkin selepas populariti yang diterima nasi lemak dara, pondan, jejaka, ibu, Spiderman dan sebagainya, 2 orang wanita ini pula mengambil jalan tersendiri dalam memasarkan nasi lemak yang bertemakan Hello Kitty.

Comel pun ada, menarik pun ya.

Nurul Aida Zulkifli, 29 bersama rakan kongsinya, Zaharina Mohd Tahar, 32 dapat dilihat menjual nasi lemak Hello Kitty di tepi jalan depan Sekolah Maahad Muhammadi Tumpat di Kampung Sedar.

Apa yang menarik sangat pasal nasi lemak ini? Kami dapat baca fikiran anda.

Menurut laporan Sinar Harian, Nurul Aida mengubah suai kereta Kelisanya dengan aksesori Hello Kitty termasuk lukisan patung karakter kucing.

Dia juga mengecat keretanya kepada warna pink.

Tak kurang dengan itu mereka yang memakai baju berwarna pink ketika berniaga dari 7.00 pagi hingga 9.00 pagi juga memperkenalkan nasi berwarna pink.

“Aksesori kereta saya semuanya ditukar warna ‘pink’, kereta dicat warna ‘pink’ dandihias dengan patung Hello Kitty bagi menarik pelanggan.

Tambah mereka dalam laporan itu lagi, idea menerap tema Hello Kitty ini wujud ekoran obses mereka terhadap warna pink dan kucing itu.

Ternyata langkah kreatif itu berhasil apabila mereka mula menjadi perhatian orang ramai walaupun baru seminggu beroperasi.

Nasi lemak yang dimasak Zaharina dijual pada harga RM3.50 sepaket.

Kira-kira RM4,000 dibelanja untuk menghias dan mengubah suai kereta tersebut.

“Ibu kepada 2 anak itu juga menjual nasi lemak secara dalam talian dan menghantar kepada pelanggan menaiki kereta Hello Kitty ini,” petik laporan itu.

Mereka juga bercadang mengembangkan perniagaan ke lokasi baharu dan menjual di jualan but kereta berdekatan pasar raya Tesco Kota Bharu.