Robot ganti wanita dalam seks, salah atau diterima

sex-robotfmt-ohsem-inside-article1Penggunaan robot seks semakin trending di negara barat dan beberapa negara Asia.

Siapa sangka, ia dikatakan sudahpun menggantikan wanita dalam memberi kepuasan seks kepada kaum lelaki.

Namun adakah ia beretika? Persoalan itu diutarakan oleh beberapa pakar.

Pengarang Yayasan untuk Robot Bertanggungjawab (FRR) dalam satu jurnal menyatakan, robot seks ini satu revolusi seks kepada mereka yang berdepan masalah keintiman namun masih banyak kekurangan peraturan kerana ia memberi impak kepada etika sosial.

Pihaknya bimbang robot seks mengobjek wanita, yang menggunakan imej wanita untuk kepuasan seks merupakan satu idea yang salah di sisi sosial.

Professor pembantu Etika dan Teknologi di Universiti Teknikal Delt dan pengarah bersama FRR, Dr Aimee van Wynsberghe berkata, selain individu kurang upaya, patung seks juga bermanfaat kepada mereka yang berada dalam keadaan trauma untuk mengadakan hubungan seksual.

“Ternyata teknologi itu bermanfaat, tetapi perlu ada titik keseimbangan. Kena ada keseimbangan antara peraturan kepenggunaan dan mengobjek wanita serta kanak-kanak sebagai objek seks,” katanya kepada The Guardian.

Antara individu yang memanfaatkan robot seks ini ialah warga emas di pusat jagaan, lelaki yang mengalami masalah mati pucuk, ejakulasi pra matang atau pengalaman seksual yang tidak baik.
Pengarang bersama laporan itu, Noel Sharkey yang juga profesor robotik di Universiti Sheffield berkata, terma kepuasan seks itu bagaimanapun bergantung kepada aspek “natural” dan betapa ia diterima secara sosial.

Walaupun robot ini kelihatan seperti manusia, tetapi pergerakan dan cara komunikasi mereka masih kaku, menjadikan ia masih bukan pilihan sebenar untuk seks, kata Sharkey.

Buat masa ini, 4 syarikat mengeluarkan robot seks pada harga sekitar $5,000 (£3,870) hingga $15,000, di sebalik hasrat untuk menjadikan ia mampu milik kepada mereka yang memerlukan.

“Ada orang akui lebih baik merogol robot daripada wanita sebenar, namun perogol biasanya ada fantasi rogol dan anda tidak boleh semena-mena berbuat demikian pada robot.

Persoalannya adakah ia akan menggalak perogol buat serangan sebenar pada wanita?” soalnya.

Terdapat juga kebimbangan jika robot seks kanak-kanak diperkenalkan pada masa akan datang.

Patung seks kanak-kanak sudah pun diperkenalkan di Jepun oleh seorang pedofil, yang akui berbuat demikian bagi mengawal serangan seksual ke atas kanak-kanak, namun Sharkey juga skeptikal dengan dakwaan itu.

“Yang pasti patung tidak akan digunakan sebagai pengganti, sebaliknya menggalak pedofil menerima serangan seksual kanak-kanak sebagai sesuatu yang tidak salah,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Kumpulan Sains dan Etika, Patrick Lindari Universiti Politeknik California State pula berkata idea merawat pedofil dengan menawarkan mereka patung seks kanak-kanak sangat tidak sesuai.

“Bagaimana ia boleh merawat mereka? Bayangkan memberi patung berkulit hitam kepada seorang rasis, apa yang akan terjadi?,” katanya.

Kedua-dua robot wanita dan lelaki ditawarkan tetapi isu utama adalah mengenai mengobjek wanita. Robot seks ini dikatakan boleh memberi kesan kepada interaksi manusia dalam pelbagai aspek, kata van Wynsberghe.

“Subjek mengenai robot seks adalah kajian yang menarik,” katanya.

“Adakah keberadaan robot ini boleh menghalang interaksi sesama manusia? Atau mengurangkan kebergantungan seks terhadap wanita?” soalnya lagi.