Kecek Kelantan Shah Rukh Khan tak cukup umph!

srk-melakafmt-ohsem-inside-article1Buat pertama kalinya, King of Khan Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan berjaya mengungkapkan beberapa perkataan dalam dialek negeri Kelantan dan Melaka hasil latihan penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebook Era FM, Jaa cuba mengajar Shah Rukh bercakap dalam bahasa Melayu iaitu “apa khabar”.

Kemudian, dia mengajar SRK menggunakan dialek Melaka, dengan menyebut “mercik hawau hahaha” yang bermaksud sangat baik diikuti dengan ketawa.

Tak cukup dengan itu, Jaa juga mengajar SRK menuturkan ayat dalam dialek negerinya, Kelantan.

SRK menuruti ayat tersebut, “kawe jatuh motor sakit boh” yang bermakna “Saya terlibat dalam kemalangan motosikal dan sangat sakit”.

Jaa juga bertanya jika SRK faham maksudnya, beliau membalas “tidak” sambil menggeleng kepala.

Selepas menerangkan maksudnya, SRK memesan supaya lebih berhati-hati.

Bagaimanapun, SRK tidaklah kelihatan teruja atau menikmati ayat yang diajar dalam dialek Melayu itu mungkin kerana ayat yang dituturkan tidak cukup umph, beliau sekadar menuturkannya sahaja.

Jaa atau nama sebenarnya, Mohammad Faizal Ahmad, 23, merupakan satu-satunya selebriti dari Malaysia yang diberi peluang menemuramah SRK di kediamannya di Mumbai.

Menurut laporan Astro Awani, Jaa bertolak ke India pada malam Khamis lalu dan mengendalikan temubual itu sebagai salah satu promosi bagi filem terbaharu SRK, Jab Harry Met Sejal.

Wow Jaa ajar Shah Rukh Khan cakap Melayu , Power !!

Haaa ingat lagi tak yang Jaasuzuran pergi Mumbai jumpa Shah Rukh Khan , Ni kami belanja video Shah Rukh belajar cakap Melaka dan Kelate . Haha Full video nantikan di youtube ERA fm . Jangan lupa subscribe jugak okay #JaaRoadToSRK #JaaTV #JabHarryMetSejal #BeechBeechMein #Radha #Butterfly

Posted by ERA (Malaysia) on Tuesday, 18 July 2017