Aduan ‘nakal’ pelanggan Ikea tarik perhatian netizen

ikea-chairfmt-ohsem-inside-article1Seorang lelaki di Norway, sedikitpun tidak menyangka aduan nakalnya kepada syarikat perabot Ikea menjadi viral kerana terlalu lucu ekoran metadologi yang digunakan dalam menerangkan masalahnya.

Claus Jørstad dalam memuat naik komen Facebook berkongsi pengalaman lucu selepas menggunakan bangku yang dibeli di Ikea sehingga menyebabkan dia mengalami kemalangan kecil melibatkan alat sulitnya.

Insiden memalukan itu berlaku selepas Claus berhasrat menggunakan bangku “Marius” yang diperbuat daripada besi dan plastik untuk kegunaan dalam bilik air sewaktu mandi kerana masalah sakit sendi lututnya.

Mungkin dia terlepas pandang satu perkara, bangku itu mempunyai 8 lubang, yang menyebabkan dia menulis aduan itu kemudiannya.

Bagaimanapun insiden itu berlaku pada tahun lepas namun kembali kepada perhatian umum sekali lagi minggu ini, menyebabkannya satu lagi pusingan perkongsian dalam kalangan netizen.

Jom kita ikuti keluhan lucu tetapi penuh beralas Claus dalam Facebook Ikea Norway.37D7A0FA00000578-3771246-image-a-2_1472836330855

“Sebaik balik ke rumah, saya tempatkan bangku baharu itu di dalam tandas dan duduk di atasnya, tentu sekali tanpa pakaian. Saya sabun seluruh badan, termasuk ‘kapten’ dan 2 ‘kelasi’, memandangkan ia posting awam, saya kena kekal menulis secara beralas. Harap anda faham.

“Jadi, apabila kapal licin dan kapten dan krewnya hilang keseimbangan maka sesuatu yang buruk berlaku.

“Seorang kelasi cuba lari dari keadaan itu dengan masuk ke dalam lubang di bangku. Saya tidak menyedarinya. Suhu panas menyebabkan ia berkembang dari segi saiz. Saya masih tidak menyedarinya sehinggalah ketika saya cuba berdiri dan mendapati bangku itu tergantung di belakang saya dan sakitnya yang sangat tajam. Kelasi tak guna itu tersumbat dalam lubang bangku tersebut!” kongsi Claus.

Dia tidak berhenti di situ, tetapi terus menerangkan bantuan kecemasan dan kaedah yang akhirnya menyelamatkan “kelasi”nya itu tanpa perlu pergi ke hospital.

“Sementara duduk memikir jalan menyelamatkan kelasi, air panas pun kehabisan dan saya kesejukan. Jadi saya cuba sampai kepada penggering rambut supaya dapat kekal dalam suhu panas.

“Teka apa, kesejukan mengecutkan kelasi dan saya dapat kebebasan!!!! Saya seorang lelaki yang merdeka!”

Aduannya itu bagaimanapun membuatkan pembaca dan pengendali Facebook Ikea berasa lucu dan hasilnya, komen itu menerima 25,000 “likes” dan lebih 12,000 perkongsian dalam masa sehari.

Menarik lagi ialah mesej balas Ikea yang juga penuh dengan unsur lawak jenaka.

“Hello Claus. Kami mohon maaf atas kejadian yang berlaku ke atas krew anda. Kami menasihatkan anda mengambil keluar bangku tersebut dari bilik mandi dan menggunakannya untuk menempatkan pasu bunga yang cantik.

“Kalau anda tetap bertegas untuk menggunakannya sewaktu mandi, maka kami mahu anda pertimbangkan cadangan memakai pakaian yang sepatutnya menghadapi hari yang mencabar di lautan bergelora. Semoga hari anda lebih baik,” tulis Ikea.