Lagi pelakon wanita Melayu buka tudung?

Fathia-Latiff

fmt-ohsem-inside-article1Ada lagi ke pelakon wanita Melayu yang buka tudung?

Khabarnya gambar pelakon popular Fathia Latiff tanpa tudung menjadi viral di media sosial mengungkitkan persoalan jikalau beliau sudah menanggalkan tudung.

Namun ia bukanlah begitu. Menurut laporan akhbar Harian Metro, gambar Fathia ketika tanpa tudung dirakam oleh salah seorang rakannya sewaktu majlis rumah terbuka Aidilfitri saudaranya baru-baru ini.

Ekoran penularan gambar itu, Fathia tampil memberi penjelasan menyatakan beliau membuka tudung kerana majlis rumah terbuka itu dihadiri ahli keluarga dan sanak saudaranya selain berasa selesa berbuat demikian.

Tambahan pula, turut dipersoal hubungan lelaki yang bergambar bersama Fathia.

Ekoran itu beliau menolak dakwaan lelaki itu sebagai kekasihnya.

“Saya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar sehingga dimuat naik portal gosip hiburan. Saya berharap peminat tidak memberi spekulasi buruk terhadap diri saya dan tidak bermakna saya tidak mahu memakai tudung lagi,” katanya.

Pelakon muda popular Fathia Latiff menegaskan tidak akan sesekali membuka tudung dan akan menolak mana-mana tawaran berlakon yang memintanya berbuat demikian.