Lelaki ini selamba petik gitar ketika otaknya dibedah

indian-playing-guitar-durinfmt-ohsem-inside-article1Lazimnya kita di”matikan” sementara ketika menjalani pembedahan besar tetapi seorang lelaki dari India ini pula bukan sahaja berada dalam keadaan sedar malah bermain gitar.

Tak percaya?

Abhishek Prasad terpaksa menjalani satu pembedahan kerana masalah saraf yang mengakibatkan jarinya kejang dan menyukarkan dia memetik gitar.

Bagi merawat masalah itu, lelaki yang berusia 37 tahun itu dinasihatkan menjalani prosedur dikenali sebagai distonia pemuzik di Hospital Bhagwan Mahaveer Jain di kota Bengaluru.

Dalam pembedahan itu, Abhisek melalui prosedur di mana tempurung kepalanya digerudi ketika dia diberi anestetik (bius) dan sekeping elektrod dipasang bagi menunjukkan bahagian otak yang dirawat untuk menangani masalah saraf yang dialaminya itu.

“Menariknya Abhishek sedar akan pembedahan ini dan terus memetik gitarnya. Ini bagi memudahkan kami mengenal pasti lokasi saraf bermasalah secara tepat,” kata Dr Sharan Srinivasan yang mengetuai otak tersebut, petik laporan NDTV.

Dr Sharan juga menggambarkan 7 jam prosedur itu sebagai satu magis.

“Saya tidak rasa apa-apa kesakitan sewaktu dibedah. Bius yang diberikan membuatkan saya terus selesa bermain gitar sepanjang pembedahan,” katanya.

Doktor dan pasukan bedahnya akui teruja melihat kemampuan Abishek yang terus bermain gitar tanpa sebarang rasa gangguan sepanjang pembedahan itu dijalankan.