Menteri wanita menari sakan di atas kapal air

indonesia-susifmt-ohsem-inside-article1Kita semua bukannya tak tahu betapa sportingnya Menteri Laut dan Perikanan Republik Indonesia, Susi Pudjiastuti.

Bulan lepas, perbuatannya tidur di lounge VIP lapangan terbang New York selepas menghadiri satu sidang Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hal ehwal maritim viral sehingga turut menerima komen “super woman” oleh Leornado Di Caprio.

Terbaru ialah tersebarnya video beliau berjoget di atas kapal laut untuk lagu The Beatles.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan aksi Susi yang berpakaian baju putih bergaris hitam, seluar hitam, berkaca mata, dan berkaki ayam menari mengikut rentak lagu.

Video yang mendapat tontonan tinggi dari rakyat Indonesia itu nampaknya terus melonjakkan nama Susi.

Pengguna Twitter, Akif Auzwaf turut memuat naik beberapa video aksi Susi menari di depan rakyat tanpa sebarang rasa segan.

Beliau juga terkenal sebagai seorang penari Salsa selepas beberapa kali dirakam menari Salsa di majlis keramaian.