Drama Korea tonjol wanita Arab berbikini dikecam

kdrama1fmt-ohsem-inside-article1Drama Korea sememangnya mempunyai pengikut yang ramai bukan sahaja di negaranya, malah di serata dunia.

Bagaimanapun sebuah drama berjudul “Man Who Dies to Live” yang difilemkan berlatarkan negara Arab mengundang rasa kurang senang penonton, khususnya penonton Islam.

Ekoran itu, pihak pembikin drama dan stesen televisyen, MBC yang menayangkan drama tersebut tampil memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam menerusi surat yang dikongsi di laman sosialnya.Man-Who-Dies-to-Live4

Drama “Man Who Dies to Live” merupakan drama yang berjaya meraih rating tinggi sejak mula ditayangkan.

Drama bergenre komedi lakonan Choi Min-soo, Kang Ye-won dan Shin Sung-rok itu menerima kecaman selepas dikatakan mempersenda agama Islam.Man-Who-Dies-to-Live2

Menurut The Korea Herald, drama itu awalnya membawa kisah watak Jang Dal-goo yang meninggalkan Korea pada 1970-an dan menjadi terkenal di Arab Saudi sebagai jutawan Said Fahd Ali di sebuah kerajaan Timur Tengah.

Watak utamanya, seorang “playboy” dengan gaya hidup mewah berstatus raja minyak bagaimanapun dimanipulasi dengan menunjukkan wanita Arab bertudung tetapi mengenakan bikini, mendedahkan payudara dan punggung termasuk dalam poster promosi drama itu.

Walaupun watak-watak itu dilakonkan oleh wanita bukan Islam, namun imej watak tersebut menggambarkan Islam.

Lebih buruk lagi, mereka juga menggunakan Al-Quran sebagai sebahagian “props” mereka.

kdrama2