Jurugambar ‘hot’ Singapura berusia 50an jadi buruan netizen

Chuando-Tanfmt-ohsem-inside-article1Genetik yang direstui, rutin bersenam, gemar makan ayam masak ala Hainan dan elak mandi lewat malam atau awal pagi mungkin mengekalkan awet muda lelaki itu walaupun usianya menjangkaui 50an.

Seorang jurugambar dari Singapura secara tiba-tiba menjadi sensasi sosial kerana beliau berjaya membekukan umurnya sekitar 20an walaupun usia sebenarnya ialah 50 tahun.

Chuando Tan, yang juga bekas model pada era 80an dan mempunyai agensi model tersendiri selain menjadi jurugambar sepenuh masa akui suka makan ayam masak ala Hainan dan elak mandi pada lewat malam atau awal pagi, sebagai rahsia kekal muda.

Apapun, yang pasti rutin senaman mempamerkan susuk tubuhnya yang sempurna dan tentu sekali genetik Chuando itu sendiri memainkan peranan utama bagi imejnya yang kekal mudanya.

Berwajah terang dan bersih, kelihatan licin, tanpa sebarang kedutan yang terlalu jelas, rambut hitam, potongan wajahnya yang tajam dan berbadan sasa, seperti pakej lengkap bagi lelaki muda apatah lagi di usia separa abad.

Lelaki ini menjadi buah mulut selepas muncul dalam satu iklan untuk laman web media Cina Yidian Zixun pada Sabtu lepas.

Ekoran itu, para netizen terus memburu Chuando menerusi laman sosial Instagramnya dan mempersoal usia sebenarnya selain dihujani dengan pujian.

Chuando seorang jurugambar yang mempunyai reputasi tinggi di Singapura dan di tahap antarabangsa, beroperasi di bawah nama ChuanDo & Frey.

Antara kerja bidikan tangannya termasuk selebriti Asia seperti Rosamund Kwan dan Shu Qi dan selebriti barat seperti Janet Jackson untuk muka depan album Discipline.

Sama ada Chuando sudah berkahwin mendirikan rumah tangga atau tidak, tidak dapat dipastikan kerana tidak dilapor oleh mana-mana media. Sorry ya!

Link Instagram

*pic kredit: Instagram Chuando