Superhero The Flash tak sabar kunjungi Malaysia Disember ini

Grant-Gustinfmt-ohsem-inside-article1Pelakon siri televisyen The Flash, Grant Gustin akui tidak sabar untuk mengunjungi Malaysia pada Disember ini.

Bukan sahaja atas alasan dia bertunang dengan Andrea Thoma, yang merupakan separuh-Kadazan tetapi juga untuk menikmati masakan tempatan dan merasai keunikan kebudayaan di negara ini.

“Lazimnya saya gentar mencuba makanan baharu di negara asing tetapi apabila ia mengenai makanan Malaysia, saya bersedia untuk mencubanya,” kata Gustin dalam sidang media Persatuan Media Asing Hollywood di Comic-Con International, lapor Star2.

Dalam sidang media yang sama, Gustin turut berkongsi detik pertemuannya dengan Thoma yang bermula di media sosial.

“Thoma dan abang saya belajar di sekolah yang sama, di Norfolk, Virginia, yang juga tempat kelahiran saya. Saya tidak mengenalinya ketika itu.

“Suatu hari dia muncul di media sosial dan menjelaskan bagaimana dia mengenali saya. Kami pun berkawan dan selebihnya adalah sejarah,” kata Gustin.

Pengetahuan Gustin mengenai budaya Malaysia sangat terhad mengikut penjelasan yang disampaikan oleh Thoma. Oleh itu, pelakon itu teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara itu.

“Pada bulan Disember, saya akan melihat sendiri budaya Malaysia yang sungguh mengujakan saya itu.

“Saya juga mempelajari beberapa perkataan bahasa Melayu, perkataan yang cukup asas, frasa-frasa kecil dengan kesalahan,” kata pelakon sambil berseloroh.

Gustin mula dikenali selepas muncul di dalam drama muzikal Glee pada 2011 dan popular menerusi The Flash sebagai superhero dalam watak Barry Allen.