China terus bangunkan ‘bandar hantu’, angka melepasi 50 bandar

china-3fmt-ohsem-inside-article1China, salah sebuah negara terbesar dalam peta dunia, bukan sahaja dari segi fizikal malah kepadatan penduduknya yang kini dikhabarkan mencecah 1.388 bilion orang.

Tetapi China juga sebuah negara yang mempunyai bilangan “bandar hantu” yang paling banyak, kira-kira 50 buah dan terus bertambah. Ok, sebelum itu, biar saya terangkan apa itu “bandar hantu”.

“Bandar hantu ialah sebuah kawasan yang dibangunkan dengan tujuan untuk penempatan tetapi ditinggalkan kosong tanpa penghuni atau sangat sedikit manusia, pendek kata pembangunan yang gagal.”

Menurut satu laporan berita tempatan, China dikatakan memiliki 50 bandar hantu yang kebanyakannya kosong, tak berpenghuni, kalau ada sekalipun, 2 orang setiap 50 bangunan.

Okay mari kita teliti lebih mendalam tujuan China terus membina dan memajukan sesuatu bandar baharu tetapi ditinggalkan menjadi bandar hantu. Apakah impak dan kesannya kepada China dari segi sosial dan ekonomi?

china-5Contohnya, Bandar Ordos di Inner Mongolia di China yang dibina sebagai kota metropolitan moden lengkap dengan seni bina menarik dan mampu menempatkan sejuta penduduk.

Bandar hantu terbesar bergelar “Syurga Yang Gagal” merangkumi 355 kilometer persegi gurun, lebih besar dari Las Vegas dan terletak sejauh 563 kilometer dari Beijing.

Setakat tahun lepas hanya 100,000 orang yang menghuni bandar tersebut, itupun selepas para petani diberi pampasan tinggi dan unit percuma untuk tinggal di situ.

Menurut Baidu, enjin pencarian seperti Google di China, tujuan asal pembinaan bandar raya mega ini ialah untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara itu.china-4

Setiap kali sesebuah projek pembangunan diwujudkan, ia meningkatkan KDNK sekaligus memberi petanda ekonomi yang baik kepada negara, sehinggalah bandar itu habis dibina.

Pada tahun 2010 KDNK bagi sebuah kawasan bandar yang baharu dibangunkan dianggar sekitar 21%, bandar yang sama pada 2016 hanya mencecah 2% KDNK.

Kawasan yang dibangunkan merupakan bekas lombong yang terpaksa ditutup kerana hilang pelaburan dan bandar baharu dibina. Kemudian berlaku pelbagai masalah birokrasi seperti korupsi dan sebagainya sehingga pembangunan bandar baharu itu juga gulung tikar.

Selain kawasan lombong, kebanyakan bandar hantu ini didirikan di atas gurun atau perkampungan yang bergantung kepada pertanian.

China di bawah polisi urbanisasi, mensasarkan untuk memindahkan 60% penduduk luar bandar ke kawasan urban menjelang 2020, paling tidak 2030. Secara tidak langsung, ia juga untuk menunjukkan kemampuannya dalam membawa urbanisasi kepada kuasa barat.china-1

Bayangkan pembangunan pembinaan yang dilakukan China itu sangat pantas sehinggakan sebuah bangunan apartment 25 tingkat dikatakan boleh dibina siap dalam masa kurang 2 minggu.

Kajian Baidu turut mendedahkan, pembangunan rapid, moden dan canggih, ia meningkatkan harga hartanah sekali gus menghalang rakyat memiliki rumah atau membuka penempatan baharu.

Bila tak cukup penduduk, tiada perniagaan, tiada peluang pekerjaan, siapa nak tinggal?

“Mereka lebih memilih tinggal di pinggir sesebuah bandar raya yang sudah maju, Beijing misalnya.

“Melalui hari yang hikuk pikuk, kesesakan lalu lintas beberapa jam, kemudahan asas yang teruk, rumah yang kecil, padat dengan penduduk tetap menjadi pilihan berbanding bandar raya yang lebih tersusun dengan bangunan canggih tetapi tiada tawaran kerja.”

Pengarang Ghost City of China, Wade Shepard berkata, China memiliki 200 hingga 400 juta apartment kosong namun di bawah pelan dan insentif China, penguatkuasa tempatan tidak akan berhenti daripada terus membina bandar baharu yang berkemungkinan memasuki senarai bandar hantu.

Apabila semua tawaran hartanah ini dikumpul, China dilapor menyediakan unit rumah untuk 3.4 bilion orang, lebih 2 kali ganda populasi sedia ada.

Jadi apa impak pembinaan tanpa henti ini kepada dunia?

Sebelum menyenaraikan impak kepada dunia, mari kita lihat impaknya kepada China secara ringkas.

china-2Bank Dunia dan pemikir kerajaan China dalam laporan 544 muka surat memuji China kerana pembangunan sesebuah bandar tidak melibatkan impak besar kepada rakyat pada masa kini tetapi akui kesan itu akan bagaimanapun wujud.

Kini kita sudahpun melihat kesannya yang bermula secara perlahan tetapi berkembang dengan pantas, lebih pantas daripada yang disangkakan.

Terlebih tawaran antara sebabnya sehingga memaksa kerajaan China menghapuskan industri tertentu, termasuk pertanian dan perlombongan ekoran pembangunan bandar hantu ini.

Ia juga memberi kesan besar kepada landskap dan fizikal muka bumi negara yang dikatakan bakal menghadapi krisis air.

Kewujudan bandar baharu ini selain menyebabkan pencemaran yang buruk memberi kesan kepada alam sekitar sehingga sesetengah bandar aktif direkodkan berada dalam zon merah akibat pencemaran melampau.