Vida nak tengok parodi ‘I Am Me’ versi Siti Nurhaliza pula

dato-vidafmt-ohsem-inside-article1Sejak lagu “I Am Me “viral di laman sosial, nampaknya ia menyuntik semangat kepada usahawan selebriti Datuk Seri Hamiza Othman untuk terus lekat dalam dunia hiburan.

Ya, video nyanyian beliau yang kini ditonton lebih 2.6 juta kali di laman Youtube katanya menjadi sensasi sosial di seluruh dunia sehingga semua orang membuat parodi demi parodi.

Namun, Hamiza atau lebih dikenali sebagai Vida tak cukup berpuas hati dengan parodi itu. Beliau mahukan sesuatu yang lebih.

Vida dalam satu temuduga dengan mStar Online, menyatakan beliau mahu Datuk Siti Nurhaliza untuk membuat parodi lagu “I Am Me”.

“Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini… tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula,” katanya.

Eh, bunyi macam mencabar je…

Ada lagi… Vida juga berkongsi impiannya untuk menjadi komposer dan penulis lirik lagu selepas kejayaan lagu nyanyian pertamanya itu.

Beliau yang akui tidak pandai bermain alat muzik tetap memilih untuk menjadi komposer dengan mengupah orang.

“Saya tak pandai main alat muzik, tetapi saya tahu apa yang saya nak,” katanya penuh yakin.

Berkenaan hasrat menulis lirik lagu, Vida juga sudah ada calon yang bakal membawa lagu sulungnya itu.

“Saya nak lagu saya dinyanyikan oleh artis tanah air yang lain. Saya pilih penyanyi dan artis Janna Nick. Sebab saya mahu seorang yang gila-gila dan happy go lucky seperti saya untuk membawa lagu saya. Buat masa ini, hanya Janna Nick yang ada persamaan itu,” jelasnya.

Hmm… Janna Nick tahu tak pasal perancangan ini?

Apapun Vida memberi jaminan penglibatannya dalam bidang hiburan tidak akan menghentikan beliau dari bidang perniagaan.

Bagi Vida ia juga sebahagian daripada strategi beliau untuk mempromosi perniagaannya.