Ahmad Maslan kongsi resepi baharu, ayam goreng terung pipit

ahmad-maslan-pipit

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Ahmad Maslan kembali lagi dengan bakat memasak beliau.

Kali ini satu lagi resipi istimewa dikongsinya dalam laman sosial Twitter ialah ayam goreng terung pipit yang disediakan dalam 2 pinggan dihias kemas dengan simple untuk tatapan netizen.

Ternyata para netizen yang teruja dengan setiap posting yang bersifat bukan politik, terus menyokongnya dengan retweet semula gambar-gambar yang dikongsinya semalam.

“Resepi asli: ayam goreng terung pipit… Campur bawang besar, bawang putih, halia, lada, secubit garam, minyak masak. Goreng hingga garing,” tulis beliau sebagai status tersebut.

Namun beberapa perkara turut diketengah dengan merujuk kepada gambar-gambar itu, walhal sekali lagi beliau menjadi viral atas sebab yang tidak betul.

Antara yang dipersoalkan ialah kedudukan penyembur serangga yang diletakkan berhampiran tempat memasak.

“Tin Ridsect dekat dengan dapur.

“Bahaya tu Datuk Seri. Dulu rasanya waktu masak nasi goreng timun, Datuk Seri buat benda yang sama juga,” tulis pengguna bernama admtnmkrz.

Selain itu ada juga yang memberi nasihat mengenai terung pipit itu.

EniGmA72 menulis, “Terung pipit tu sedap tapi jangan makan banyak sangat boleh mudarat. Cuba google kesan sampingan bahan dalam terung pipit.”

Ada juga pengguna yang menyindir menyatakan kos sara hidup pada masa kini khususnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai punca yang menekan semua termasuk menteri itu memasak sendiri.

Dalam pada itu, ramai yang mengimbas kenangan lalu bakat Ahmad Maslan memasak dalam beberapa acara dan rumah beliau sendiri dengan mengepos gambar tersebut.