Pengantin pakai topeng pemotong rumput sekadar iklan

pengantin-pemotong-rumputfmt-ohsem-inside-article1Bila kuah terlebih dari nasi, inilah jadinya…

Niat pemilik butik untuk menayangkan baju pengantin dan konsep jurugambar untuk mempromosi konsep penggambaran baharunya seolah menyerong apabila idea itu langsung tidak diendah.

Sebaliknya gambar yang dipos menjadi viral kerana wajah model yang disarungkan topeng “pemotong rumput”.

Ramai yang menyangka ia idea kedua-dua mempelai yang sengaja memilih untuk menutup muka kecuali mata dan mulut sebagai satu lagi “stunt” publisiti.

Sehinggakan gambar-gambar tersebut terus menjadi sebutan, mempersoal konsep pengantin, menyatakan ia satu helah sebelah lelaki mengelak menunjukkan diri kepada khalayak atau mungkin kepada isteri atau mungkin penjimatan dari aspek dandanan.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik butik yang berlokasi di Seremban mengeluarkan kenyataan mengatakan dakwaan orang ramai mengatakan gambar itu diambil ketika majlis perkahwinan adalah tidak benar.

“Sebaliknya ia adalah projek kami dan kami bertanggungjawab menyediakan pakaian pengantin manakala saya pula menguruskan model untuk penggambaran itu,” kata pemilik itu.

Tambahnya, konsep itu sekadar menonjol aturcara adat perkahwinan Melayu dan pakaian namun pihaknya agak terasa apabila sesetengah netizen mengecamnya sebagai menghina atau mempamer idea yang tidak boleh diterima.

Jelasnya, konsep tersebut harus dipandang sebagai satu elemen kesenian memandangkan akaun Instagram jurugambar terbabit itu sendiri banyak menggunakan konsep sama.