Netizen imbas kenangan jambatan terminal feri Butterworth runtuh

jambatan-runtuh-imbau-kembalifmt-ohsem-inside-article1Laman sosial, Facebook Penang Kini semalam mengenang tragedi jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim, Butterworth yang runtuh 29 tahun dahulu.

Posting itu segera menerima pelbagai respon kebanyakan mengenang pengalaman mereka ketika kejadian termasuk mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Posting itu berbunyi;

“Hari ini dalam sejarah. 29 tahun telah berlalu.

Sejarah dahsyat Pulau Pinang berlakunya keruntuhan jambatan Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth.

Ia berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Suasana panik itu menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera.

Puncanya kesesakan teruk di Pengkalan Sultan Abdul Halim sekitar 10,000 orang. Ada 2 perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam.

Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown.

Kongsikan pengalaman dan cerita dari anda..”

siti-esah-ms-1Siti Esah Sulaiman berkata, “Kelmarin genaplah 29 tahun suami tercinta Allahyarham Abdullah Awang meninggalkan kami sekeluarga dalam kejadian jeti runtuh. Masa tu anak-anak masih kecil lagi tak dapat ku bayangkan betapa pilu dan sedihnya kami anak beranak. Ketika itu aku pengsan beberapa kali, hanya Allah yang tahu. Kini anak-anakku telah pun berumah tangga dan aku mempunyai beberapa orang cucu. Kehilangan mu tiada pengantinya. Aku masih sendiri, semoga kita bertemu di sana nanti semoga kau bahagia di sana bersama-sama orang yang soleh Alfatihah Aamin.”

Perkongsian itu menerima 11 komen balas yang rata-rata mengucapkan takziah ke atas kehilangan Siti Esah.

Dalam pada itu, netizen menggunakan nama Zai Nab pula mengenang pada hari kejadian usianya hanya belasan tahun. Menurut Zai Nab, dia dari kampung dalam perjalanan balik untuk ke kerja syif malam.

“Pada masa itu orang yang paling banyak orang Cina dan India. Saya jatuh betul-betul kat tengah-tengah, belum sempat naik feri. Terima kasih pada kawan-kawan yang datang tengok saya kat hospital Bukit Mertajam. Kawan-kawan pun yang dapat tahu masa saya masuk berita pukul 8 malam kalau tak silap. Terima kasih kepada yang bawa saya pi hospital,” tulisnya.

FMT Ohsem berkongsi beberapa rakam layar kenangan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tragedi 29 tahun yang lalu itu.

FMT Ohsem juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.