Vida nak duet dengan Psy, buat show macam Oprah

vida_psy_600

fmt-ohsem-inside-article1Tak habis lagi! Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Vida mahu berduet dengan penyanyi Korea Selatan, Psy dalam mempopularkan lagunya, “I Am Me” selain memiliki rancangan bual bicara sendiri seperti Oprah Winfrey.

Wah, wanita ini memang penuh dengan cita-cita mega!

Vida, dalam satu temubual dengan Berita Harian Online berkata ekoran singles pertama beliau mencapai sambutan yang tidak diduga, beliau kini memasang hajat untuk berduet dengan penyanyi Korea yang popular dengan lagu Gangnam Style pula.

Beliau juga menyasarkan dengan gabungan duet itu, single beliau yang kini menerima lebih 3.2 juta tontonan di laman Youtube akan mampu menerima lebih 100 juta tontonan.

Memang kena tabik dengan impian Vida kerana beliau membuktikan walaupun bukan seorang penyanyi, tetapi bercita-cita besar menyaingi populariti penyanyi viral antarabangsa.

Lagu “I Am Me” ciptaan komposer, Edry Abdul Halim yang disiar dalam di laman YouTube bukan sahaja ditonton berjuta kali malah turut menjadi sumber parodi bagi pelbagai pihak dan individu termasuk selebriti tempatan.

Vida juga mahu mengikut jejak langkah seperi Oprah Winfrey dengan memiliki rancangan bual bicara.

“Saya juga nak jadi macam Oprah Winfrey yang ada rancangan bual bicara sendiri untuk pasaran dunia.

“Untuk pasaran tempatan memang sudah ada cuma menunggu masa untuk disiarkan di televisyen tempatan dalam masa terdekat,” katanya.

Bagi mereka yang menantikan lagu baharu seterusnya dari Vida, beliau minta anda semua tunggu setahun lagi… jadi sabar ya.