Kasut tumit tinggi? Fikirlah 2 kali

heels-power-large_trans_NvBfmt-ohsem-inside-article1Kalau anda pakai kasut tumit tinggi ke tempat kerja maka bersedialah untuk menghadam berita baik dan berita buruk ini.

Lazimnya, wanita yang memakai kasut tumit tinggi kelihatan lebih menarik.

Dua daripda 3 ahli perniagaan wanita merasakan kasut tumit tinggi membuatkan penampilan diri lebih menonjol, beryakinan dan kelihatan cantik secara keseluruhan.

Malah kebanyakan lelaki akan senyum pada wanita yang memakai kasut tumit tinggi berbanding wanita yang memakai kasut biasa dan lebih cenderung untuk menawarkan bantuan kepada wanita tersebut.

Bagaimanapun ahli akademik mempunyai pendirian yang berbeza. Mereka menyatakan, kasut tumit tinggi boleh menyebabkan sakit belakang, risiko pergelangan kaki patah dan terseliuh serta 2 kali ganda risiko bunion (sisi tapak kaki berbentuk seperti benjolan).

Ahli akademik dari Britain itu berkata, wanita yang memakai kasut tumit tinggi akan mengalami kesakitan dari kaki hingga ke tulang belakang dan mempunyai risiko untuk terjatuh.

Justeru mereka menyarankan agar undang-undang yang lebih ketat dikenakan bagi wanita yang dipaksa memakai kasut tumit tinggi ke tempat kerja.

Kajian itu termasuk aduan daripada wanita berprofil tinggi yang menyatakan mereka terpaksa memakai kasut tumit tinggi bagi memenuhi keperluan tugas.

Seorang peragawati menyatakan, dia merasakan dirinya seperti ‘pelacur’ di British Airways kerana terpaksa berkasut tumit tinggi di lapangan terbang.

Namun, British Airways tidak memaksa pekerjanya untuk berkasut tumit tinggi semasa bekerja di dalam kapal terbang.

Tahun lepas, seorang penyambut tetamu, Nicola Thorp diminta pulang ke rumah sebaik sahaja tiba ke pejabatnya di London kerana memakai kasut flat. Dia diarah memakai kasut tumit tinggi setingggi 2 hingga 4 inci.

Susulan itu, dia mengemukakan petisyen yang menarik lebih 152,400 tandatangan, meminta semua firma untuk berhenti meminta wanita memakai kasut tumit tinggi.

Satu pasukan di Universiti Aberdeen menyemak semula 20 jurnal berkaitan kasut tumit tinggi untuk mencari risiko tinggi kecederaan dan kesakitan muskuloskeletal.

Pengarang utamanya, Dr Max Barnish berkata, “Wujud tekanan bagi yang wanita memakai kasut tumit tinggi. Selebriti berpengaruh seperti Victoria Beckham dan Kate Middleton kelihatan bergaya dalam kasut tumit tinggi tetapi pilihan itu bergantung kepada individu,” katanya.

Walaupun lazimnya tiada peraturan untuk pemakaian kasut tumit tinggi tetapi wujud jangkaan dalam pekerjaan tertentu.

Di sebalik masalah yang dialami, tarikan memakai kasut tumit tinggi menyebabkan wanita berada dalam dilema.

Seorang jurucakap dari kerajaan Britain berkata, “Tiada majikan yang boleh mendiskriminasi pekerja mengikut jantina. Ia tidak boleh diterima dan menyalahi undang-undang. Kod pemakaian mestilah sama rata untuk lelaki dan wanita.”