Punggung besar, maknanya anda sihat

measuring-tape-womanfmt-ohsem-inside-article1Kalaulah anda merasakan punggung dan bahagian paha kelihatan besar dan berisi, jangan risau, ia sebenarnya baik untuk kesihatan anda.

Satu kajian di Jerman mendedahkan kedudukan lemak di bahagian punggung dan sekitar paha tidak membahayakan malah lebih baik berbanding lemak berkumpul di bahagian abdomen.

“Mereka yang kurus tetapi mempunyai lemak di punggung bersaiz seperti ‘pear’ kurang berhadapan risiko serangan sakit jantung, angin ahmar dan diabetes,” petik kajian itu.

Menurutnya, ia bermakna kurang lemak dialirkan ke bahagian jantung dan hati, yang mana boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kandungan gula tinggi dan risiko penyakit lain di masa hadapan.

Ketua kajian, Dr Norbert Stefan dari Universiti Tübingen berkata, “bagi mereka dengan berat badan biasa, lebih baik mengumpul lemak di bahagian punggung berbanding abdomen, saiz pear lebih baik daripada epal.”

Kekeliruan dalam BMI

Mereka yang bersaiz kurus dengan bacaan BMI yang normal percaya mereka sihat, tetapi tidak semestinya.

Satu daripada 5 orang dalam kategori ini mempunyai 3 kali tinggi risiko penyakit berkaitan kardiovaskular. Ingat, mereka boleh miliki masalah kesihatan yang lebih buruk daripada golongan obes.

Kategori ini (kurus tetapi berisiko) adalah mereka yang “tidak sihat secara metabolik” dan terseksa dengan masalah darah tinggi, gula tinggi, kandungan lemak tinggi yang menyebabkan ia dialirkan ke dalam darah.

Kesimpulan kajian

Penyelidik ini percaya, punggung yang besar boleh melindungi seseorang daripada penyakit seperti diabetes dan serangan sakit jantung.

Kajian terhadap 981 orang dengan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular mendapati individu dengan punggung dan paha kecil memiliki risiko tinggi. Ia merujuk kepada saringan MRI terhadap pengedaran lemak di seluruh badan dan pemeriksaan kecerdasan.

Lemak di punggung dikenali visceral di mana ia berfungsi sebagai span dan tidak terlalu membahayakan.