Watak animasi ‘Tangled’ rupanya wujud di Malaysia

Tangledfmt-ohsem-inside-article1Siapa dia?

Netizen terus mencari dan bercakap mengenai lelaki ini. Awalnya kerana cara dia menunjukkan dirinya dengan memakai kanta lekap berwarna-warni di samping bentuk bulu matanya yang sempurna.

Tetapi, kini dia dikatakan memiliki mirip watak hero sebuah filem animasi.

Wahyuddin Syed Yunus menjadi sensasi media sosial sejak beberapa hari lalu dan terkini dia dikatakan kelihatan sama seperti watak Flynn Rider dari filem “Tangled” terbitan Disney tahun 2010.

Wahyuddin yang memiliki wajah putih mulus dengan rambut lurus yang sederhana panjang bagi seorang lelaki, potongan wajah yang tajam, berdagu muncung dengan janggut nipis disamakan dengan watak Flynn oleh netizen yang mengikutinya di Facebook selain laporan berita lain.

Pengguna yang mengikuti laman Facebook Tawau misalnya banyak berkongsi gambar watak kartun itu sebagai membandingkan rupa Wahyuddin.

Tidak kurang kepada mereka yang akui watak animasi itu wujud sebenarnya.

Dalam satu laporan mStar Online, Wahyuddin yang merupakan anak kelahiran Tawau, Sabah berkata, netizen mula melabelkannya dengan watak kartun berkenaan selepas isu memakai kanta lekap pelbagai warna.

Bagaimanapun dia sendiri hanya menonton filem animasi itu selepas rakan-rakannya turut memberi pandangan yang sama.

“Sebelum ni saya tak pernah tengok filem ni. Tapi selepas tengok, tak ada sama pun. Kalau sama pun mungkin hanya gaya rambut dan janggut, mungkin.

“Tapi terkejut juga bila mak saya sendiri pun kata ada iras. Apapun saya terima saja selagi komen semua baik-baik dan bukan lagi kecaman,” katanya petik berita itu.

Selain watak Flynn, Wahyuddin juga disamakan dengan watak Tarzan Walt Disney, sebuah filem yang dibikin pada 1999.

Terdahulu, dalam satu laporan berbeza, Wahyuddin berkata popularitinya bermula dengan kanta lekap yang digunakan sebagai mempromosi produk jualannya selain kerana rabun.

“Saya sebenarnya tak kisah apa orang kata pasal saya. Penjelasan saya sebelum ini supaya orang faham yang saya sebenarnya menjual kanta lekap.

“Alhamdulillah, sekarang semua dah faham dan mereka menyokong saya. Sekarang, saya mahu beri tumpuan kepada perniagaan saya,” katanya.