Lelaki 35 tahun jadi ‘hot’ selepas ubah diri menjadi ‘datuk’

datuk-hot-1

fmt-ohsem-inside-article1Anda semua pasti tak dapat lupakan lelaki Poland yang ala-ala tua dengan rambut uban sepenuhnya tetapi berbadan sasa dan kelihatan mantap?

Ramai netizen ghairah dengan penampilan lelaki bernama Pawel Ladziak atau lebih dikenali sebagai Polish Viking yang dikatakan tidak kena dengan usia kerana fizikalnya jauh lebih muda berbanding wajahnya seakan menjangkaui 40-an, 50-an atau mungkin 60-an.

Bukan itu sahaja, beberapa foto Pawel yang seksi mendedahkan badan berotot di pusat kecerdasan (gim) sentiasa viral di laman sosial sehingga ada yang menyatakan Pawel sebagai lelaki tua yang mengancam.

Namun baru-baru ini, Pawel sendiri mendedahkan usia sebenarnya iaitu baru berusia 35 tahun.

Ia memeranjatkan netizen, apatah lagi para pengikutnya yang ternyata tidak percaya dengan kenyataan itu.

Dalam satu muat naik di Instagram, Pawel menunjukkan wajah sebenarnya pada 2007 yang jauh lebih muda tetapi bukanlah berbadan sasa seperti sekarang.

datuk-hot-2

“Di sebelah kiri ialah gambar sewaktu saya berhajat untuk mempunyai badan yang saya miliki sekarang. Hari ini saya sedar usaha 10 tahun ada nilainya. 2007-2017, ” tulisnya.

Status itu menerima ratusan komen sehingga ada yang mula mempersoal tujuan dia mengubah dirinya menjadi lebih tua dari usia sebenar.

Menurut Pawel, segalanya bermula selepas rambutnya mula beruban secara semula jadi tahun lalu.

datuk-hot-3

Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk mewarnakan rambut dan janggutnya putih dan menyertai laman sosial secara aktif dengan memuat naik gambar dan videonya sehingga menjadi ikon popular.

Apapun jangan terkeliru dengan lelaki tua kacak, usahawan Itali yang kaya, Gianluca Vacchi yang memang sebenarnya berusia 50 tahun pula ya!

Gianluca juga terkenal dengan badan sasa berotot dan sangat pandai bergaya selain tampil dengan pelbagai video gerak tarinya yang eksotik bersama wanita seksi di atas kapal layar dan bilik tidurnya yang mewah.