Asia imbau kenangan Raja Rock n’ Roll, Elvis Presley

elveisfmt-ohsem-inside-article1Lelaki Asia yang meniru gaya Elvis Presley bertanding untuk menjadi ikon tokoh muzik terkenal itu di “Jailhouse Rock” di Manila, Filipina pada Sabtu lalu.

Pertandingan yang pertama kali dilangsungkan di peringkat Asia itu disertai 23 peserta dari Filipina, Thailand, Jepun, Singapura, Malaysia dan Australia.

Pertandingan itu diadakan pada ulang tahun kematiannya berniat untuk mengingati dan menghidupkan muzik serta gaya persembahan Raja Rock n’ Roll untuk generasi masa depan.

Tampil dengan aksi dan penampilan seakan Elvis Presley, rambut gaya pompadours, potongan sisi (side burns) dan pakaian jumpsuit yang sarat aksesori, semua peserta menyempurnakan acara dengan memberi penghormatan kepada idola mereka.

elveis1“Muziknya menjangkaui masa,” kata Jun Espinosa dari Filipina yang memenangi tempat pertama selepas mempersembahkan lagu klasik Elvis, “Burning Love”.

“Setiap generasi boleh menikmati muziknya kerana ia semula jadi, hebat dan menarik. Itulah karya Raja Elvis,” tambahnya.

Hadiah pertama bagi pertandingan itu termasuk lawatan ke Graceland, ladang milik Elvis di Memphis dan lokasi di mana ribuan peminat Elvis berkumpul untuk memberi penghormatan ke atas kematian penyanyi itu, Tennessee.

Para peserta diadili dari aspek penampilan dan kemampuan mereka meniru gaya, karisma dan lagu Elvis.

“Ia sangat sukar,” Yukihiro Nishijima dari Jepun yang menyanyikan lagu “You Gave Me a Mountain”.

“Mungkin yang paling sukar berbanding mana-mana artis lain kerana Elvis memiliki ‘suara pelangi’ iaitu 7 suara berbeza. Seorang penyanyi akan faham maksud saya,” jelasnya.

Elvis meninggal dunia pada usia 42 tahun pada 16 Ogos 1977 akibat masalah kegagalan jantung yang disebabkan kenaikan berat badan serta kebergantungannya terhadap ubat-ubatan.