3 mitos popular mengenai penyakit kanser

cancer

fmt-ohsem-inside-article1Apabila bercakap mengenai sesuatu penyakit, kita selalu kaitkan dengan pengambilan makanan dan gaya hidup tidak sihat.

Sama dengan penyakit kanser di mana wujud pelbagai pemahaman yang mengaitkan penyakit itu dengan kaedah memasak, misalnya atas arang seperti sate.

Adakah ia sekadar mitos atau benar?

Menurut persidangan Mundipharma, Bertadine dan Yayasan Kanser Indonesia (YKI) di Jakarta, hubungan antara arang dan kanser adalah mitos semata-mata.

“Topik mengaitkan penyakit kanser dan arang sengaja dipilih bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Indonesia yang masih kurang pengetahuan mengenai penyakit ini,” kata Pengurus Negara OT Mundipharma Healthcare Indonesia, Mada Shinta Dewi, petik Kompas.

Mengakui pesakit kanser meningkat secara drastik dalam tempoh 10 tahun, beliau percaya ini adalah masanya untuk mendidik rakyat dan mengawal serta mengurangkan risiko penyakit merbahaya ini.

Usaha itu bermula dengan menjelaskan mitos-mitos yang berkait rapat dengan penyakit ini.

Dalam persidangan itu, Ketua YKI dan Ketua Perhimpunan Onkologi Indonesia (POI), Prof Dr Aru Wisaksono Sudoyo, menyenarai beberapa mitos yang sering kali mengelirukan masyarakat secara umum.

1. Arang

Ramai percaya arang yang digunakan untuk membakar makanan menyebabkan kanser. Namun, menurut Prof Aru, bukan arang yang menyebabkan kanser tetapi daging merah yang dimasak. Apabila daging merah dipanaskan pada suhu tinggi, ia memproses zat karsinogen, heterocyclic amines atau HCA. Proses ini bagaimanapun hanya melibatkan daging merah dan bukan ayam atau ikan. Selain daging merah yang dibakar, daging diproses seperti sosej ayam, salami dan bakon juga boleh menyebabkan kanser.

2. MSG

Ini mitos paling popular bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia. Fahaman monosodium glutamate (MSG) menyebabkan kanser juga mitos. Kajian yang dilakukan oleh Food Standards Australia New Zealand dan Institut Kanser di Indonesia membuktikan MSG pada tikus tidak menyebabkan kanser. Cuma ia memberi kesan buruk kepada kesihatan terutama kepada pankreas yang menghasilkan insulin.

3. Super food

Super food di mana-mana bila bercakap mengenai kanser. Adakah ia benar-benar makanan “berkuasa?” Prof Aru berkata makanan seperti teh hijau, buah beri, akar bit, manggis dan sebagainya dipercayai mencegah kanser kerana mengandung antioksidan, namun ia tidak mencegah kanser secara langsung. Antioksidan menentang makanan yang mempunyai kadar oksida yang tinggi seperti makanan bergoreng. Beliau menekankan manggis dan strawberi bukan ubat untuk penyakit kanser. “Ia adalah makanan sihat yang mempunyai agen pencegahan kanser,” katanya.

Dalam pada itu persidangan itu menggariskan 3 komponen utama untuk kehidupan sihat iaitu menjaga berat badan ideal, bersenam, dan mengikut pola pemakanan sihat.

Menurut panduan tersebut, risiko kanser dipercayai dapat diturunkan sehingga 35% atau 50%.

Ia lebih berkesan bagi mereka yang mengelak alkohol dan rokok.