Penjenayah jadi model selepas gambar mata berwarnanya viral

Mekhi-Alante-Lucky-penjenayah-1fmt-ohsem-inside-article1Tuah menyebelahi seorang lelaki yang kerap ditahan polis atas pelbagai kesalahan jenayah selepas gambar mugshotnya tular di laman sosial.

Mekhi Alante Lucky, 20, ditahan akhir sekali selepas melakukan kesalahan memandu kereta curi dan melebihi had laju di North Carolina, lapor Oddity Central.

Mekhi-Alante-Lucky-ms-1Dengan sebelah mata berwarna biru manakala sebelah lagi berwarna perang, pemuda ini menarik perhatian agensi peragaan Atlanta dan dilamar menjadi model.

Lucky yang berketinggian 1.77m ternyata tidak menyangka gambar yang disebarkan oleh pengendali akaun Twitter bernama ‘Wake Mugshot’ menyebabkan dia mempunyai pekerjaan baharu bergelar model.

Mei lalu, Lucky berjaya mengelak daripada dipenjara namun dia agak “terkenal” dalam kalangan polis tempatan kerana sering ditahan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan direkod daripada bulan April hingga Disember 2016 adalah dakwaan ke atas 5 kesalahan termasuk mengasari wanita dan pegawai awam serta melanggari hukuman parol.

Apapun Lucky sememangnya “lucky” kerana kelainan pada dirinya berjaya menarik perhatian Agenci Peragaan St Claire di Atlanta.

Mekhi-Alante-Lucky-ms-2Dia digelar ‘Prison Bae’ oleh netizen dan memiliki 22,000 pengikut di Instagram.

Memiliki pasangan anak mata dalam 2 warna berbeza dikenali sebagai Heterochromia. Penyakit yang disebabkan jumlah melanin yang tidak sekata di kedua-dua mata, rendah pada sebelah mata (biru) atau lebih pada sebelah lain (perang).

Penyakit ini dikesan berlaku pada kira-kira 20% populasi dunia dan antara pengidap Heterochromia yang menjadi model dan artis ialah seperti Kate Bosworth, Alice Eve, Jane Seymour, Kiefer Sutherland, dan Christopheer Walken.