Steve Harvey sindir guru dengan hantar tv setiap Krismas

Steve-Harveyfmt-ohsem-inside-article1Siapa sangka, pengacara terkenal dunia, Steve Harvey pernah dikecam gurunya apabila menyatakan hasratnya untuk “masuk tv” sebagai cita-cita sewaktu di gred 6 di sekolah.

Selaku seorang kanak-kanak gagap, impian Steve dianggap “terlalu bodoh” oleh gurunya yang kemudian menghantar surat kepada ibu bapanya ketika itu.

Pengacara rancangan permainan Family Feud berusia 60 tahun mendedahkan perkara itu dalam rancangan Oprah’s Master Class baru-baru ini.

“Saya seorang kanak-kanak gagap tetapi saya menulis impian itu di atas kertas. Bila guru saya melihatnya beliau menganggap ia satu perkara bodoh dan terus menghubungi ibu saya,” katanya.

Menariknya bapa Steve menyokong perbuatan anaknya sebagai tidak bersalah malah mempersoal tindakan guru itu.

“Bagaimanapun ibu bapa saya pula bergaduh kerana itu dan saya dihantar masuk ke dalam bilik.

“Kemudian bapa saya masuk ke bilik dan bertanya apa yang saya mahu lakukan dengan perkara yang saya tulis di atas kertas itu.

“Katanya, ‘Ambil kertas itu dan masukkan dalam laci. Setiap pagi selepas bangun, baca kertas itu. Dan setiap malam sebelum masuk tidur. Itu kertas kamu’, katanya kepada saya,” jelas Steve.

Perkara itu menjadi prinsip kehidupan Steve yang akhirnya dirinya sekarang.

“Setiap Krismas saya akan menghantar set televisyen baharu ke rumah guru itu, kerana saya mahu beliau melihat saya di kaca televisyen,” katanya.

Steve juga secara berseloroh berkongsi rungutan guru yang mengakui memiliki terlalu banyak tv sehingga memberikannya kepada orang lain.