Selena Gomez puji penampilan Fazura

fazura-salenafmt-ohsem-inside-article1Untunglah empunya badan bernama Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin apabila mendapat manfaat berganda ekoran penyertaannya dalam Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat (AS).

Pelakon tanah air itu dikatakan berpeluang berjumpa dan mengembangkan hubungannya dengan pelbagai pereka fesyen dunia dan selebriti antarabangsa.

Menarik perhatian netizen dan media massa adalah gambar dan video yang dimuat naik dalam laman Instragramnya menunjukkan pertemuan Fazura dengan bintang Hollywood iaitu Selena Gomez.

Video yang dimuatnaik menunjukkan Fazura berpelukan sambil melagakan pipi, saling bertanya khabar di samping Selena memuji penampilan Fazura.

Untungkan?

Mereka dikatakan berjumpa di Coach House, Manhattan, AS.

Gambar kenangan terbaik bagi Fazura itu mendapat hampir 58,000 “likes” dan ratusan komen termasuk daripada rakan artis seperti Fasha Sandha sejak dikongsi 12 jam yang lalu.

Selain itu, Fazura juga berkongsi gambarnya bersama Pengarah Eksekutif Kreatif Coach, Stuart Vevers dan beberapa keping gambar Fazura duduk sebaris dengan model dan selebriti antarabangsa yang lain.

Minggu Fesyen New York yang diadakan di Basketball City mempamerkan koleksi musim panas pereka fesyen masing-masing.

Fazura hadir ke sana sebagai wakil kepada Coach Malaysia. Acara yang bermula pada 7 Septemberr lalu akan tamat pada hari ini.