Kanak-kanak pandu kereta mewah ke bilik pembedahan

 

cars-art41fmt-ohsem-inside-article1Sebuah hospital kanak-kanak di San Diego, Amerika Syarikat mengamalkan pendekatan unik dengan melancarkan koleksi kereta mini mewah membolehkan pesakit cilik ‘memandu’ sendiri ke bilik pembedahan.

Inisiatif itu dilancarkan Selasa lalu di Hospital Kanak-kanak Rady dikendalikan oleh seorang jururawat atau doktor yang merupakan sebahagian daripada program tersebut.

Program ini direka supaya membolehkan kanak-kanak berkenaan berada dalam keadaan santai sebelum prosedur pembedahan mereka.

“Kanak-kanak berasa seronok. Ibu bapa gembira melihat suasana anak mereka yang lebih santai dan selesa,” kata Pengarah Perubatan Perkhidmatan Pembedahan Hospital, Dr Daniela Carvalho.

Kesemua kereta mini untuk program itu disumbangkan oleh Penguatkuasa Undang-undang Wilayah San Diego Pemandu Teddy Bear.

Kanak-kanak diberi pilihan kereta BMW, Mercedes atau Lamborghini untuk perjalanan mewah ke bilik pembedahan.