Pegawai JPJ Melayu fasih Mandarin dipuji netizen

jpj_women

Satu posting video menunjukkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berbangsa Melayu viral di laman sosial kerana kemampuannya membantu menerangkan proses mengambil cukai jalan serta insuran kepada 2 pelajar dari negara China.

Video yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Syamsul Amir menunjukkan seorang pegawai wanita JPJ bernama Nur Syafiqah Azaman fasih berbahasa Mandarin menerangkan proses tersebut kepada 2 pelajar dari China yang datang berurusan di JPJ Perlis.

“Alkisah hari ni.

Datang student dari negara China ni untuk urusan di JPJ Perlis, boleh komunikasi dalam bahasa Cina ja.. English langsung tak faham sepatah pun, lucky we have a great staff Nur Syafiqah Azaman yang memang fasih berbahasa Cina kat kaunter depan JPJ Perlis.”

Demikian status yang dikongsi bersama posting video itu.

Menariknya video yang dikongsi semalam ditonton lebih 40,000 kali dan sedang hangat dikongsi di laman sosial.

Netizen memuji kebolehan Syafiqah yang bukan sahaja fasih berbahasa Mandarin malah bijak menggunakannya dalam waktu genting.

Ada juga yang berkata Syafiqah fasih kerana tidak ramai yang bijak mengolah perkataan membabitkan insurans dan cukai dan bahasa Mandarin dengan betul apatah lagi memberi penjelasan kepada pelajar dari negara Cina itu sendiri.

Suan Poh Tan misalnya menyifatkan gadis ini sebagai penjawat awam yang berkualiti kerana menguasai lebih bahasa dan memudahkan urusan harian.

“Tak nampak bangang di mata masyarakat mahu pun dunia! Ada orang luar negara tau kita anak Malaysia digelar pakar bahasa! Sekurang-kurangnya 3 bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, English atau Arab dan lain-lain!” tulisnya.

Roderick Richard pula berkata, “Thumb up! Aku sekolah cina juga dulu tapi nak tahu orang tu fasih ke tak Mandarin, kena tengok penguasaan suku kata Mandarin dia. Pegawai ni dia tau insuran dalam mandarin, kalo tanya mana-mana bumiputera yang study mandarin, tak semua orang tahu translate insurans dalam Mandarin. Kebanyakan hanya guna Mandarin rojak bercampur English.”

Seorang lagi pengguna, Hidayat Yahaya menyimpulkan adalah bagus sekiranya semua sekolah mewajibkan pelajar mempelajari bahasa Melayu, Cina dan Tamil untuk semua bangsa.

Kisah student dari Negara China buat urusan di JPJ Perlis, sepatah haram xreti Melayu or Inggeris.. nasib ada akak JPJ kita nama Nur Syafiqah ni… <3 <3 <3**SK solo lagi Syafiqah..Kredit: Syamsul Amir

Posted by Siakap Keli on Tuesday, 19 September 2017