Tarian zumba pelajar di Cairo undang pelbagai reaksi

zumba

Video sekumpulan pelajar perempuan dari Mesir yang membuat persembahan tarian seakan Zumba di pekarangan kampus Universiti Cairo kini viral di laman sosial dengan reaksi bercampur daripada netizen.

Kumpulan pelajar perempuan yang lengkap berpakaian menutup aurat dan bertudung bersama-sama menyampaikan tarian di tengah-tengah laman universiti sebagai gimik mengalukan kemasukan pelajar baharu ke kampus tersebut.

coment12Menurut laporan Al Arabiya, tarian itu juga dipersembahkan untuk menyambut kedatangan menteri pengajian tinggi negara itu ketika membuat lawatan ke Universiti Cairo untuk sesi permulaan pengajian baharu tahun ini.

Bagaimanapun, terdapat netizen mengeji tindakan pelajar perempuan kerana tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar sebaliknya berpakaian ketat dan menari di jalanan.

comment3Berbeza dengan segolongan lagi yang memuji gimik itu yang dianggap sporting dan menghiburkan.

Mari kita lihat antara kritikan dan pujian dikongsi netizen terhadap muzik video ini.