Lelaki ketagih belajar kumpul 145 ijazah dalam masa 30 tahun

prof

fmt-ohsem-inside-article1Berapa banyak ijazah atau sijil kelulusan pengajian tinggi yang anda miliki? Satu, 2, 3 atau mungkin 5? Seorang lelaki di Tamil Nadu, India dikatakan memiliki 145 sijil akademik pengajian tinggi!

Menurut laporan akhbar di India, Profesor VN Parthiban yang juga seorang pensyarah di beberapa universiti di Chennai tidak merancang berhenti belajar dan akan terus memburu menambah ijazahnya.

Parthiban, 56, mengambil ijazah pertama di sebuah universiti tempatan 30 tahun lalu.

Menariknya mengenai kisah lelaki ini, beliau bukanlah seorang pelajar pintar.

“Saya tak pandai mengatur waktu belajar dan selalu gagal dalam peperiksaan. Hanya selepas beberapa kali berusaha barulah saya berjaya mendapat ijazah pertama,” katanya.

Selepas memperoleh ijazah pertama, Parthiban mendapat pekerjaan di jabatan kehakiman namun kerana tertarik dengan subjek dan kajian yang ditawarkan di universitinya itu beliau terus menyambung belajar lagi.

Parthiban memperoleh ijazah keduanya dan tabiat itu terus menjadi-jadi sehinggakan beliau mengambil beberapa jurusan ijazah dan diploma pada satu masa.

“Sudah 30 tahun berlalu dalam hidup saya, semuanya dihabiskan untuk belajar dan menghadapi peperiksaan,” tambahnya.

prof-2

Kini, beliau memiliki 3 ijazah dalam pengajian sarjana sains, 8 ijazah sarjana undang-undang, 8 ijazah sarjana kewangan, 9 ijazah sarjana pentadbiran perniagaan, 10 ijazah sarjana seni dan 12 ijazah dalam pelbagai bidang kajian yang lain.

Biar berapa banyak ijazah yang dimiliki dalam pelbagai lapangan, Parthiban tetap memilih subjek matematik sebagai mata pelajaran paling diminati.

Bagaimanapun, lelaki ini juga dikatakan terkesan dengan impak negatif kerana terlalu banyak mengingati maklumat.

Parthiban mengalami kesukaran mengenali wajah seseorang dan dia juga sering lupa akan jalan yang dilaluinya.

Apapun bagi Parthiban, beliau tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar dan akui akan terus menyambung pengajian dalam bidang-bidang baharu yang belum diterokainya lagi.

Namun, bapa kepada 2 anak itu masih berazam untuk belajar lagi.