Penumpang tutup mata sepanjang penerbangan elak lihat perempuan seksi

tutup_mata

Sekumpulan lelaki muda yang mengamalkan kepercayaan Yahudi Hasidic ditemui dalam keadaan menutup mata dengan sarung pelindung ketika berada di lapangan terbang.

Ia bagi menghindari daripada melihat wanita berpakaian tidak senonoh.

Seorang pengguna Reddit bernama “thenewyorkgod” memuatnaik gambar yang setakat ini sudahpun menerima lebih 5000 komen.

Kebanyakan menyuarakan rasa terkejut dengan kelakuan itu manakala segelintir lagi berkongsi pengalaman peribadi berhadapan situasi sama.

Pada 2013, seorang lelaki Yahudi Ortodoks menyarungkan plastik menutupi dirinya ketika dalam penerbangan bagi mengelakkan dirinya terdedah kepada kematian ketika kemungkinan pesawat terbang di atas tanah pengebumian.

Lelaki itu, seorang Kohein yang berasal daripada waris pendeta purba Israel, Kohanim dilarang mengadakan sebarang hubungan dengan orang mati supaya mereka kekal asli. Ia termasuk larangan melawat tanah perkuburan dan terbang di atas tanah pengebumian.

Bagi menyelamatkan diri daripada terdedah kepada pantang, golongan Kohanim mengamalkan beberapa amalan yang dilarang pihak gereja. Antaranya membungkus diri mereka dalam beg plastik sebagai pelindung daripada “kekotoran”.

Amalan itu menyebabkan beberapa kontroversi keselamatan kerana kedudukan itu boleh menyukarkan penumpang mencapai topeng oksigen dan keluar dari pesawat pada waktu cemas.

Bukan itu sahaja, persoalan lain yang timbul adalah jika mereka mendapat oksigen mencukupi kerana plastik tersebut tidak boleh berlubang.

Pada 2015, seorang lelaki Hasidic enggan duduk bersebelahan seorang wanita kerana mereka bukan bersaudara.

Lelaki itu tidak mahu duduk bersebelahan mana-mana wanita yang bukan isterinya sehingga penerbangan tersebut terpaksa dilewatkan menunggu perkara itu diselesaikan sebaiknya.

Bagaimanapun, pengikut Yahudi sendiri akui amalan seperti ini amat mengelirukan mereka.

Jeremy Newberger, penumpang yang pernah berdepan pengalaman pelik dalam penerbangan New York ke Israel menyuarakan kebimbangannya.

“Saya membesar dalam keluarga konservatif dan saya bersimpati ke atas golongan Yahudi Ortodoks,” katanya kepada New York Times.