Lawak Zizan tentang gelaran Datuk tidak menjadi

Zizan-Razakfmt-ohsem-inside-article1Berdiri di atas pentas berprestij mana-mana sekalipun, mulut itu kena jaga.

Kalau silap keluarkan kata-kata, silap hari bulan, silaplah nasib anda. Nampaknya pengacara, pelawak dan pelakon Zizan Razak juga baru sahaja mempelajari “pengajarannya”.

Malam Anugerah Festival Filem Malaysia yang ke-29 menyaksikan pengacaranya Zizan agak keterlaluan ketika mengacara dengan mempersoalkan gelaran “Datuk” yang diterima artis tempatan.

Bagaimanapun perkara itu hanya diutarakan terhadap 2 artis yang ketika itu duduk di kerusi penonton VIP iaitu Datuk Eizlan Yusoff dan Datuk Hans Issac.

Sambil berseloroh dan secara selamba, Zizan menamakan nama kedua-dua artis tersebut berserta gelaran datuk bertanya jika ia dibeli atau dapat.

Bagaimanapun dia segera mengubah kenyataanya dengan kononnya merujuk baju yang dipakai oleh mereka.

Keadaan kelihatan genting apabila Eizlan langsung tidak senyum atau memberi reaksi terhadap persoalan Zizan.

Hans Isaac cuba membalas Zizan dengan menyindirnya semula sebagai cuba membeli undi untuk menang anugerah pelakon popular ketika dijemput ke pentas untuk mengumumkan anugerah cerita asal terbaik.

Selepas Zizan mengambil alih pentas bersama artis dan model Thanuja Ananthan, dia terus mengungkit balasan Hans dengan nada sindir, menyatakan “Takpe kita jumpa di court (mahkamah)”.

Selain mempersoal gelaran Datuk, Zizan juga dikecam selepas terlajak menyindir pelakon Elizabeth Tan sebagai tidak boleh mengucap ketika dia menyampaikan ucapan.

https://www.youtube.com/watch?v=wzwvxAOEMwg

Kredit: Matdonq_ri