Niat masuk rekod dunia dengan sari 3.2km bawa padah

sari-terpanjang-dera-budak-1fmt-ohsem-inside-article1Ramai berkahwin dengan meriah demi sambutan hari bermakna mereka. Bagi pasangan ini lain pula dalam fikiran mereka.

Seorang gadis yang juga pengantin perempuan mengambil keputusan mengenakan sari sepanjang 3.2 kilometer untuk majlis perkahwinannya di Colombo, Sri Lanka semata-mata untuk memecahkan rekod dunia selaku pengantin dengan sari terpanjang di dunia.

Namun yang menjadi kontroversi dalam perkahwinan itu adalah keputusan pengantin untuk menggunakan khidmat 250 murid sekolah mendukung sari untuk dibawa berarak.

Sari dipakai pengantin perempuan itu dibawa berarak sepanjang laluan utama di Kandy untuk menjayakan misi pengantin yang ingin mencipta rekod dunia Guinness baharu.

Pengantin perempuan yang juga seorang model juga menggunakan khidmat 100 murid lagi untuk menjadi flower girlnya.sari-terpanjang-dera-budak-1-1

Murid tersebut adalah pelajar Sekolah Rendah Alawathugoda dan majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Wilayah, Sarath Ekanayake.

Tindakan menggunakan kanak-kanak sekolah sebagai sebahagian daripada “kuli” mengangkat dan memberi tugas khas pada majlis itu dikecam kerana bertentangan dengan hak asasi kanak-kanak.

Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCPA) mahu pasangan ini disiasat dan dikenakan hukuman atas tindakan tidak beretika ini.

“Kami memandang serius hal ini, ia tidak sepatutnya berlaku mahupun berulang.

“Perbuatan mereka menggugat hak kanak-kanak, menghalang kanak-kanak daripada pembelajaran, meletakkan diri mereka dalam bahaya dan menggugat maruah mereka yang boleh disimpulkan sebagai perbuatan jenayah.

“Tindakan mengerah pelajar untuk majlis seumpama itu ketika waktu sekolah menyalahi undang-undang dan pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun,” kata pengerusinya, Marini de Liveranya.

Pelbagai pihak termasuk kesatuan guru dan netizen menerusi kempen media sosial mengecam acara itu dengan menganjurkan protes besar-besaran.

Tak tahulah kalau usaha ini berjaya menempatkan nama mereka dalam buku rekod dunia Guiness tetapi nampaknya ia sudah menempah nama dalam pelbagai saluran laman sosial dan pihak berkuasa untuk diambil tindakan.