Afdlin dapat Datuk, Aliff Syukri dapat Datuk Seri dari Sultan Pahang

afdlin-shaukifmt-ohsem-inside-article1“Beli ke dapat?” – baru sahaja selebriti Zizan Razak terlibat dalam kontroversi mengenai pangkat kebesaran “Datuk”, semalam berita seorang lagi artis mendapat anugerah tersebut melayari laman sosial.

Kali ini, pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki Aksan dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang membawa gelaran “Datuk”.

Bukan itu sahaja, pengasas kosmetik dan selebriti media sosial, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman pula menerima anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat bagi mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 155 penerima keseluruhannya.

Berita yang dimuat naik dalam laman sosial kedua-dua selebriti itu menerima ribuan komen rata-rata mengucapkan tahniah atas penerimaan anugerah tersebut.

Menurut laporan sebelum ini ramai artis yang menerima darjah kebesaran daripada kerabat diraja Pahang antaranya M.Nasir, Ramli MS, Awie, Norman Abdul Halim, Boy Iman, Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil, Nassier Wahab, Hans Isaac, Geethanjali G dan ramai lagi.