Bayi 10 bulan seberat 28 kg jadi kebimbangan doktor

obes-baby

fmt-ohsem-inside-article1Bayi ini baru berusia 10 bulan tetapi beratnya sudah mencecah 28 kg dan keadaan ini membimbangkan ibu bapa serta para doktor yang merawatnya.

Kita yang baca berita ini pun jadi bimbangkan?

Luis Manuel Gonzales dari Colima, Mexico mempunyai berat yang sama dengan kanak-kanak berusia sekitar 9 hingga 10 tahun, namun apakah yang menyebabkan dia ‘membesar’ terlalu pantas masih menjadi tanda tanya.

Awalnya, ibu bayi itu Isabel Pantoja, 24, menyangka kegemukan itu berpunca daripada susu badannya tetapi menyedari perubahan ketara itu agak luar biasa.

Isabel akui berat Luis sudah melebihi berat abangnya, Mario, yang berusia 3 tahun walaupun lahir dengan berat normal iaitu 3.5 kg.

Tetapi kenaikan berat mendadak dirasai pada bulan ke-2 apabila berat bayi itu naik berganda kepada 10 kg yang memaksanya memakai pakaian kanak-kanak berusia 2 atau 3 tahun.

Ketika berusia 10 bulan, berat Luis sudahpun mencapai 28 kg, tambahan 18 kg dalam masa hanya 8 bulan.

Keadaan ini memaksa keluarga Luis, termasuk bapanya Mario Gonzales, yang bekerja di sebuah kilang minuman bergilir-gilir menolak kereta sorong membawa Luis ke hospital untuk pemeriksaan 4 kali seminggu.

Menurut Isabel, setakat ini doktor mengesan satu teori yang dekat dengan keadaan anaknya iaitu Sindrom Prader-Willi iaitu sejenis masalah genetik yang menyebabkan kanak-kanak sentiasa lapar.

Peliknya, bayi itu dikatakan tidak merengek meminta makanan dan makan normal seperti bayi seusianya.

Kes Luis kini mendapat perhatian pakar bedah dalam bidang pemakanan, Silvia Orozco, dan mereka sedang menunggu hasil ujiannya yang memungkinkan Luis dirawat melalui suntikan hormon.

Bagaimanapun keluarga Luis sukar menampung kos perubatan itu memandangkan satu suntikan hormon itu sekitar $551 (RM2,308) sedangkan pendapatan bapanya hanya $197 (RM825) sebulan.