Wanita tercantik Miss Universe 2017 milik Afrika Selatan

missuntl

fmt-ohsem-inside-article1Wanita paling cantik mewakili acara ratu Miss Universe tahun 2017 kali ini dimenangi Miss South Africa, Demi-Leigh Nel-Peters.

Acara yang baru sahaja berakhir itu diadakan secara gilang gemilang di bandar raya Las Vegas, dan Afrika Selatan memenangi anugerah berprestij tersebut buat kali ke-2 dalam sejarah Miss Universe.

Tempat ke-2 dimenangi Miss Jamaica dan ke-3 pula Miss Colombia.

Demi menjadi kegemaran dan peserta pilihan beberapa “pundit” ratu cantik yang turut mengakui dia mempunyai pakej lengkap sebagai seorang wakil Miss Universe.

Dalam soal jawab pertamanya, Demi ditanya mengenai isu besar dihadapi wanita dunia masa kini dan Demi menjawab, “Wanita memperoleh 75% pendapatan daripada apa yang lelaki terima dengan melakukan tugas yang sama. Saya percaya kepada kesamarataan gaji kepada tugas yang sama.”

missuntl4Manakala, dalam soal jawab terakhirnya mewakili “3 teratas”, peserta itu ditanya mengenai kualiti dalam diri sendiri yang paling dikagumi dan bagaimana ia akan diterjemah sebagai Miss Universe kelak.

Sekali lagi, Demi berjaya menjawab dengan penuh yakin, “Sebagai Miss Universe anda kena yakin dengan diri sendiri. Miss Universe harus menangani segala ketakutan supaya orang lain juga yakin. ‘And nothing is ever to ask too much to ask for’. Itulah diri saya.”

Peserta Miss Universe pertama dari Afrika Selatan dimenangi oleh Margaret Gardiner pada tahun 1978 dan negara itu tidak bertanding dalam pertandingan tersebut pada 1985 dan 1994.

Kepada mereka yang tertanya-tanya kedudukan Miss Malaysia yang lebih dikenali selepas menayangkan baju kebangsaan Nasi Lemak, , Samantha Katie James mungkin bukan nasibnya kali ini.

Apa pun keyakinan wanita kacukan Cina-Brazil sepanjang berada di atas pentas Miss Universe harus dipuji dan diiktiraf.

Empat peserta mewakili Asia yang dipilih ke segmen 20 finalis terakhir ialah Filipina, Thailand, Sri Lanka dan China.

Hanya Miss Thailand, Mareeya Poonlertlarp berjaya mengukuhkan kedudukan di tangga “5 teratas” walaupun nama peserta Filipina, Rachel Peters turut dijangka layak menyarungkan tiara Miss Universe.