Kuil tawar khidmat pengebumian haiwan kesayangan
Sekitar 3 kuil wujudkan upacara pengebumian menawarkan perkhidmatan pembakaran bangkai haiwan diketuai sami dan menabur abu di sungai.
Perkhidmatan itu sedang popular di Thailand di mana para pemilik haiwan yang mahu membuat upacara pengebumian khas dan istimewa supaya haiwan kesayangan mereka direstui selepas mati dan dilahirkan semula dalam status lebih tinggi.
Syarikat yang mengadakan perkhidmatan tersebut, Pet Funeral Thailand akui menerima semakin banyak permintaan dalam kalangan pemilik yang menerima haiwan peliharaan mereka sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Pengasasnya, Theerawat Sae-Han berkata pihaknya mengendalikan kira-kira 200 pengebumian haiwan setiap bulan termasuk kucing, anjing, cicak, ular dan babun.
“Di samping haiwan peliharaan, turut dihantar untuk upacara pengebumian ialah haiwan yang berjaya atau popular seperti ayam sabung ,” katanya lagi.
Theerawat beralih kepada perniagaan ini selepas mendapat permintaan tinggi berbanding perniagaan sebelum ini, iaitu salun haiwan.
Setiap upacara pembakaran dan pengebumian berharga 3,000 baht (RM372) dengan pakej mewah mencecah 100,000 baht (RM12,600).
Sekitar 3 kuil juga melibatkan diri dalam perkhidmatan upacara pengebumian haiwan di negara itu, menawarkan perkhidmatan pembakaran bangkai haiwan diketuai sami dan menabur abu di sungai.
Sami dari kuil Wat Krathum Suea Pla, Phrakru Samu Jumpol memberitahu portal tempatan, tradisi lama ialah menanam bangkai haiwan di taman yang dibenarkan atau di halaman rumah.
“Namun, kini sukar mencari tanah untuk menanam haiwan di Bangkok,” katanya.
Bagaimanapun upacara ini bukanlah sesuatu baharu kerana diamalkan secara popular di negara seperti Jepun.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Malah ia juga diamalkan di beberapa wilayah di India, mengikut ritual yang sama digunakan untuk manusia.