
Hodoh ke cantik ke, yang penting ia menjana pendapatan bagi mereka. Jadi jangan sesekali pandang rendah ketidakmampuan atau keburukan seseorang.Bagi seorang lelaki di Zimbabwe, kehodohan wajahnya berjaya membawa tuah selepas dinobat dengan gelaran lelaki paling hodoh buat kali ke-4 sekaligus membawa pulang wang tunai AS$500 (RM2,034) dan seekor lembu.
William Masvinu, seorang penganggur pernah 3 kali dinobatkan dengan gelaran itu sehinggalah dirampas oleh Maison Sere tahun lalu.
Namun tahun ini, dia berjaya merampasnya kembali manakala Maison pula hanya menduduki tempat ke-3.
“Tiada siapa boleh mempertikaikan kemenangan saya di Zimbabwe dan mahu gelaran ini dibawa ke luar negara.
“Jika ada pertandingan lelaki terhodoh di dunia, saya yakin mampu memenanginya,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan.
Tempat ke-2 bagi pertandingan yang diadakan Isnin itu dimenangi Fanuel Musekiwa, membawa pulang AS$200 (RM814) manakala Maison pula memenangi AS$100 (RM410).