Kampung di Jerman dilelong pada RM672,649

Alwinefmt-ohsem-inside-article1Sebanyak 12 bangunan, pondok dan garaj di sebuah perkampungan kecil di timur Jerman, Alwine, dibida oleh seorang lelaki tidak dikenali pada harga AS$165,000 (RM672,649).

Alwine, sebuah perkampungan pinggir bandar Uebigau-Wahrenbrueck dilelong Sabtu lalu di Berlin.

Pusat lelongan Karhausen menetapkan tawaran minimum membida kampung seluas 16,000m persegi itu pada harga AS$147,000 (RM599,396.17).

Perkampungan Alwine menjadi kawasan kediaman 20 warga emas yang merupakan bekas Komunis Timur Jerman pasca penyatuan semula selepas Berlin Wall diturunkan 27 tahun lalu.

Ia terletak hampir 120km selatan ibu kota yang mana penduduk kebanyakannya golongan warga emas.

Ekoran pembelian itu, penduduk kampung berharap akan ada pembaharuan dilakukan memandangkan keadaan rumah mereka semakin usang selepas dibeli dua beradik pada 2000.

Kampung itu juga tidak mempunyai banyak kemudahan termasuk kedai dan sistem pengangkutan kerana tersembunyi di sebalik kawasan hutan.

Menurut laporan NY Daily News, datuk bandar kawasan itu juga tidak sedar mengenai lelongan tersebut dan hanya mendapat tahu menerusi akhbar tempatan.

Jurucakap Karhausen, Matthias Knake berkata pembeli misteri itu membida menerusi panggilan telefon.