Gula racun utama obesiti dan penyakit kronik

fat-sugarfmt-ohsem-inside-article1Saya terpanggil untuk menulis mengenai bahaya pengambilan gula yang berlebihan oleh rakyat negara ini apabila tersebar laporan, Malaysia adalah juara obesiti di rantau Asia Tenggara.

Kenyataan saya ini berdasarkan laporan Economist Intelligence Unit 2017 bertajuk “Tackling Obesity in ASEAN” yang menunjukkan kadar obesiti di negara ini 13.3% sementara berat badan berlebihan, 38.5%.

Laporan berkenaan meliputi Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Isu obesiti yang mungkin tidak menjadi buah mulut ramai sebelum ini kini semakin menjadi masalah berpunca daripada gaya hidup masyarakat hari ini.

Gula makanan untuk sel kanser

Ketagihan nombor satu manusia ialah gula. Pemakanan yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat boleh menyebabkan berat badan berlebihan serta obesiti.

Bagaimanapun, bukan itu sahaja kesannya. Secara tidak langsung keadaan itu boleh meningkatkan risiko penyakit kanser.

Penyakit kanser yang dikaitkan dengan obesiti termasuk payudara, prostat, kolorektum dan pankreas.

Memang benar gula ”memberi makan” kepada setiap sel di dalam tubuh badan manusia termasuk sel kanser. Bagaimanapun, penyelidikan menunjukkan mengambil gula tidak semestinya menyebabkan kanser. Sebenarnya apa yang gula buat kepada garis pinggang kita yang boleh menjurus kepada kanser.

Mengambil kalori gula yang berlebihan mungkin akan menyebabkan berat badan yang berlebihan dan keadaan itu atau obesiti boleh meningkatkan risiko kanser dan penyakit lain.

Tidak seperti kepercayaan ramai, lemak boleh menggemukkan seseorang, ketahuilah gula yang boleh menjadikan anda gemuk!

Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya mengambil banyak gula dalam kehidupan kita seharian dan sekiranya ia berlebihan, ini akan meningkatkan garis pinggang kita.

Mengurangkan pengambilan gula sahaja tidak mencukupi. Apabila membaca label makanan, carilah berapa kandungan gula dan gula yang tersembunyi di bawah nama : fruktosa, laktosa, sukrosa, maltosa, glukosa dan dekstrosa.

Gula asli iaitu molases, “agave nectar”, madu dan sirap mapel mengandungi antioksida tetapi masih juga perlu diambil secara sederhana.

Gula menyebabkan malignansi

Gula ada sumber tenaga untuk sel kanser. Gula disimpan oleh hati selepas proses penghadaman. Ini akan menjadi tisu adipos dan lebihan gula ditukar dan disimpan sebagai lemak.

Apabila lebihan gula disimpan sebagai lemak, komposisi badan sudah bertukar. Lebih lemak bermakna kurang otot. Ini juga bererti lebih banyak toksin, kurang air dalam sistem peredaran tubuh memandangkan otot terdiri daripada 80% air.

Keadaan ini akan menjadikan sistem peredaran tubuh lemah dan proses detoks serta pengenyahan tergugat. Sistem imun menjadi rendah dan sebagai hasilnya boleh menyebabkan keradangan tahap rendah yang berterusan.

Apabila lebih banyak radikal bebas dihasilkan ini menyebabkan tekanan oksidatif. Apabila radikal bebas ini menyerang sistem tubuh badan manusia, akan berlaku perubahan antaranya proses penuaan semulajadi serta sel malignan berkembang lebih pantas daripada yang boleh disingkirkan. Akibatnya nanti berlaku tumor dan kanser.

Melihat kepada gaya hidup kita pada masa sekarang yang serba-serbi pantas, dipenuhi dengan pelbagai jenis hasil makanan yang sudah diubah secara genetik, tidak banyak bergerak tambahan pula tekanan hidup yang tinggi, bagaimana pula nanti nasib anak generasi akan datang.

Peratus obesiti dalam kalangan anak di peringkat kebangsaan ialah pada tahap 25%. Apa yang kita tahu ialah 80% anak yang menghadapi obesiti akan menjadi orang dewasa obes.

Perangkaan ini akan hanya meningkat sekiranya kira terus memburu impian juara dunia kita dengan mentaliti dunia ketiga dan dalam hal ini keadaan kesihatan serta kesedaran ke arah kesejahteraan hidup.

Kanak-kanak obes membentuk rakyat obes

Sekiranya 80% kanak-kanak obes menjadi orang dewasa obes, kita akan berdepan dengan penduduk yang menghidap Diabetes, Obes dan Kanser dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.

Lihat sahaja di sekeliling kita. Apa tindak balas kepada jangkaan fenomena ini? Lebih banyak pusat onkologi dibina dan lebih banyak penyelidikan dijalankan untuk kemoterapi serta “oral disease modifying drugs”.

Secara jujur sejauh mana kita memberi perhatian kepada gaya hidup yang lebih sihat? Mengapa pihak berkuasa yang berada dalam kedudukan untuk mencegah keadaan ini daripada berleluasa tidak bertindak? Atau apakah pihak berkenaan hanya memikirkan keuntungan?

Sebagai rumusan, mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan kadar malignan kerana ia menjejaskan komposisi tubuh badan iaitu komponen air dan lemak.

Tiga komponen utama untuk kesejahteraan iaitu mengekalkan sistem peredaran yang tinggi dalam tubuh, mengurangkan tekanan oksidatif dan memastikan keradangan tahap rendah pada paras berkenaan.

Akhir kata, dalam perjuangan menentang kanser yang ditakrif sebagai pembunuh abad ke-21, pastikan kita mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang sihat.

(Dr Prasanth Subramaniam yang mengamalkan perubatan jagaan asas berkongsi kebimbangannya tentang kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau yang berpangkalan di Pulau Pinang mempunyai ijazah sarjana eksekutif kesihatan pencegahan dengan pengkhususan bidang kesejahteraan turut menekankan bahaya gula terhadap kesihartan.)