Pakaian hitam, berteman aktivis, Golden Globe ke-75 bawa mesej mendalam

Golden-Globe-ke-75fmt-ohsem-inside-article1Acara Golden Globe ke-75 kali ini menemukan pelbagai kelainan, antaranya cara para artis memilih untuk hadir ke majlis tersebut.

Acara yang berlangsung semalam menampakkan para artis wanita yang bukan sahaja tampil dalam persalinan hitam malah ditemani aktivis hak sosial dan kesaksamaan gender.

Menurut Time’s Up Legal Defense Fund, warna hitam dipilih sebagai salah satu bentuk protes ketidaksamarataan gender dan serangan seksual di dalam industri hiburan.

“Hitam membawa makna sangat komplikated dan berseragam. Ia warna yang sangat kuat dan demokratik,” kata pengarah Museum di Fashion Institute of Technology serta penulis The Black Dress, Valerie Steele.

Kita semua tahu, warna hitam bukan sahaja digunakan untuk upacara berkabung dan kesedihan, namun terkenal sebagai warna yang membawa kesan glamour.

“Makna tersirat pada warna ini sangat mendalam, pada masa sama ia juga membawa keanggunan,” kata Steele.

Oleh itu, para artis yang berpakaian hitam pada majlis Golden Globes percaya mereka menyampaikan sesuatu yang serius.

Bukan itu sahaja, memecahkan tradisi membawa ibu bapa, adik-beradik atau orang istimewa ke majlis anugerah, artis Gloden Globe kali ini ditemani aktivis.

Meryl Streep, Emma Watson, Michelle Williams, Amy Poehler, Laura Dern, Shailene Woodley, Emma Stone dan Susan Sarandon berjalan di atas permaidani merah bersama aktivis kesaksamaan jantina dan bangsa.

Ia secara terang memberi mesej terhadap ketidakadilan sosial dan seksual yang berleluasa Hollywood.

Bintang dari filem “The Post”, Streep misalnya berjalan bersama Ai-jen Poo, pengarah Perikatan Pekerja Domestik Kebangsaan (National Domestic Workers Alliance) Amerika Syarikat.

Manakala Williams membawa pengasas gerakan “Me Too”, Tarana Burke dan Watson berjalan bersama pengarah eksekutif Imkaan, sebuah organisasi feminis kulit hitam, Marai Larasi.

Sementara itu, Poehler berjalan bersama Saru Jayaraman, presiden Restaurant Opportunities Centers, dan Woodley didampingi anggota suku Suquamish Calina Lawrence.

Dern membawa Monica Ramirez, penyokong gerakan pekerja, dan Sarandon berjalan bersama Rosa Clemente, seorang pengulas politik.

Bagi Stone, dia memilih ditemani juara tenis dan peguam Billie Jean King.

Pelan ”berkempen” pada anugerah Golden Globe ke-75 tahun ini benar-benar direalisasikan dengan kehadiran aktivis dan pakaian yang dikuasai oleh hitam.

“Mereka semua melalui jalan karpet merah sebelum masuk ke dalam dewan acara, menyambut peminat dan berkata sepatah dua kata dengan media.

“Malahan ada pelakon secara terbuka menyuarakan sokongan mereka terhadap tindakan kempen terhadap gangguan seksual dalam industri perfileman.

“Kempen itu sendiri diwakili artis berpakaian hitam pada Golden Globe 2018,” petik laporan thesun.uk.